CLOSE
CLOSE

4 Pekerjaan Generasi Muda Dengan Pendapatan Bulanan Yang Tinggi

Duduk depan laptop sahaja pun boleh jana ribu-ribu!


  • Share:

4 Pekerjaan Generasi Muda Dengan Pendapatan Bulanan Yang Tinggi
Foto: Instagram @lilfaraaaah, @kingafiqq dan @faizdickievp

Siapa kata golongan muda sekarang golongan yang manja? Berada dalam lingkungan usia 20-an ke 30-an, golongan ini tetap berusaha menjana pendapatan walaupun tidak bekerja makan gaji 8 pagi hingga 5 petang. Apakah empat pekerjaan yang mendatangkan pendapatan yang masyuk pilihan mereka?

1. Pemandu Grab

Ramai juga golongan muda yang mengambil peluang untuk menjadi pemandu Grab untuk menjana pendapatan. Bergantung pada usaha dan kerajinan, pendapatan bulanan pemandu Grab ini juga bukan calang-calang. Jika kena dengan destinasi, bilangan penumpang serta jumlah masa bekerja, pemandu Grab antara mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi. 

Anggaran pendapatan: RM2,000 - RM4,000 (Sepenuh masa)
                                          RM800 - RM1,500 (Separuh masa)

2. Pereka kandungan

Menjadi seorang pereka kandungan ataupun content creator memberikan pengalaman yang berbeza kerana anda memberikan sesuatu kandungan untuk ditatap oleh segenap lapisan masyarakat. Youtube antara saluran paling kerap digunapakai oleh golongan ini untuk menjana pendapatan menerusi 'view' yang diterima. Youtuber antarabangsa terkenal, Pewdiepie dilaporkan menjana pendapatan sebanyak RM64,38,6750 setahun.

Anggaran pendapatan: RM400 - RM3,000

3.  Bisnes laman sosial

Keghairahan golongan ini menggunakan kuasa media sosial tidak perlu disangkal lagi. Bukan sahaja untuk mengumpul pengikut ataupun menayang 'OOTD' mereka, media sosial banyak digunakan untuk menjana pendapatan terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara online. Tidak hanya menjual barangan sendiri, ada juga yang mengambil peluang untuk menjadi stokis ataupun dropshipper

Anggaran pendapatan: RM2,000 - RM5,000 (Sepenuh masa)
                                      RM500 - RM 1,500 (Separuh masa)

4. Influencer

Golongan ini  menjana pendapatan dengan tahap populariti di media sosial. Dengan hanya membuat ulasan berbayar setiap bulan dan kandungan asli, golongan ini mampu meraih hampir paling sikit RM1,000 - RM5,000 setiap bulanan. Namun jika anda fikir kerja ini senang, proses untuk mencari idea bagi sesuatu produk/servis itu agak mencabar. Antara influencer yang berjaya adalah Faiz Dickie, Faa Firds, Nisha Ezzati dan ramai lagi. Lagi best bila usaha mereka dihargai dan dikenali oleh semua orang!

Anggaran pendapatan: RM1,000 - RM5,000 (dan ada yang sehingga mencecah belasan ribu)


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top