CLOSE
CLOSE

Kasut Vans Bertemakan Budaya Malaysia Ilham Pemuda Ini Perlukan Undian Semua

Paling epik bila ada lukisan mamak buat teh tarik dalam rekaan ini.


  • Share:

Kasut Vans Bertemakan Budaya Malaysia Ilham Pemuda Ini Perlukan Undian Semua
Gambar: Syafeeq Awal

Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan seorang gadis yang memerlukan bantuan kita untuk mengundi hasil rekaan ‘Negaraku’ pada kasut Vans bersempena Vans Asia Custom Culture Competition, kali ini seorang lagi pemuda yang sudah pun terpilih sebagai top 10 peserta dari Malaysia, mahu hasilnya lebih dikenali.

Bagi Ahmad Syafeeq Bin Awaludin, 23 tahun, minat untuk melukis bermula sedari kecil. Dengan mengetengahkan tema budaya Malaysia, lukisan ini menyentuh apa sahaja yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, yang berada di sekeliling kita dan menjadi kebanggan Malaysia. Jika diteliti rekaan ini, anda akan nampak pesawat MAS, bunga kebangsaan, Menara KLCC, Harimau, teh tarik, tarian singa, wau, bunga rafflesia, congkak, sepak takraw dan bermacam lagi. 

Rekaan bertemakan budaya Malaysia.

Menurut Syafeeq, “saya tahu pertandingan ni pun daripada kawan dan tak terfikir pada awalnya nak join. Tapi bila fikir saya boleh naikkan nama Malaysia dengan rekaan yang cantik serta luaskan bakat melukis saya, saya sertai juga. Kertas lukisan Vans tu boleh ambil dimana mana outlet Vans dan saya lukis di rumah, sebab selesa dengan perkakas melukis sendiri.

Mengambil masa 30 minit untuk melukis dan hamprr 3 jam untuk mewarna, Syafeeq boleh berbangga apabila rekaannya terpilih untuk menjadi top 10 dari wakil Malaysia. Dengan jumlah undian sebanyak 12,213 setakat ini, jom bantu Syafeeq dengan mengundi rekaannya di sini. Malaysia boleh!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top