CLOSE
CLOSE

Jika Sebelum Ini Dilarang, Wanita Di Arab Saudi Kini Dibenarkan Memandu Kereta

Welcome to the driver’s seat!


  • Share:

Jika Sebelum Ini Dilarang, Wanita Di Arab Saudi Kini Dibenarkan Memandu Kereta
Foto: Faisal Al Nasser/Reuters

Diketahui umum jika sebelum ini negara Arab Saudi menjadi satu-satunya negara di dunia ini yang tidak membenarkan kaum wanitanya memandu kereta. Kini khabar gembira diterima oleh semua wanita di negara timur tengah itu apabila Raja Salman telah memerintahkan perlucutan larangan bagi golongan wanita memandu kenderaan sendiri.

Setelah sekian lama terkurung dalam larangan tidak dibenarkan memandu kereta dan boleh dikenakan denda dan dipenjara akibat melanggar peraturan itu, kini golongan wanita di Arab Saudi ibarat telah mencapai kemerdekaan apabila sudah boleh memandu kereta ke mana-mana sahaja dan boleh membuat permohonan lesen memandu tanpa perlu meminta kebenaran suami, ayah atau penjaga lelaki.

Pemerintah Arab Saudi turut berharap dengan arahan terbaharu ini boleh meningkatkan tahap ekonomi dan sosial wanita apabila mereka boleh memandu ke tempat kerja, membeli barangan keperluan rumah, mengambil anak dari sekolah, keluar bertemu teman dan sebagainya. Ramai wanita Arab Saudi sebelum ini terpaksa menghabiskan duit gaji mereka untuk membayar pemandu dan kini tidak lagi apabila banyak jenama kereta terkemuka dunia berlumba-lumba untuk menarik perhatian wanita Arab Saudi untuk membeli kereta sendiri. 

Netizen turut meraikan khabar berita wanita Arab Saudi yang telah dibenarkan memandu kereta menggunakan #SaudiWomenCanDrive.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top