CLOSE
CLOSE

Orang Penat Buat Filem, Kau Boleh Siar Di Facebook Live?

Filem ini masih berada di pawagam, selamat menjerit.


  • Share:

Orang Penat Buat Filem, Kau Boleh Siar Di Facebook Live?
Foto: Sinar Harian & Twitter Joko Anwar

Siapa sahaja yang tidak kecewa apabila masa, tenaga dan jutaan wang yang dikerah untuk menghasilkan sesebuah filem dicuri begitu sahaja? Terbaru, filem seram Indonesia yang sedang berada di pawagam, Pengabdi Setan nampaknya telah menjadi mangsa pendek akal manusia.

 

Seorang remaja wanita telah ditangkap kerana dipercayai telah cuba menyiarkan filem Pengabdi Setan secara live melalui laman Facebooknya.
 

Tulis pelakon utamanya, Bront Palarae yang mendedahkan perkara tersebut di Twitter,
 

"Adik ini dah kena tangkap sebab cuba siarkan #PengabdiSetan secara live di FB.  Kena tangkap tak berbaloi, hilang masa depan".
 

Menerusi temubual Bront bersama Sinar Harian, dia menjelaskan bahawa dia mendapat berita tersebut daripada rakannya yang bekerja di pawagam. 
 

"Mereka sudah lepaskan wanita itu," jelasnya. Bront juga telah memadam tweet yang turut memaparkan gambar remaja wanita terbabit. 
 

Terdahulu, Bront turut menegur seorang wanita yang hanya mahu menonton filem Pengabdi Setan di saluran YouTube.


Filem Pengabdi Setan mengisahkan sebuah keluarga dimana Ibu yang telah terbaring akibat sakit yang aneh selama tiga tahun telah meninggal dunia. Bapak lalu memutuskan untuk kerja di luar kota meninggalkan empat orang anaknya. Lama-kelamaan, anak-anaknya merasakan kehadiran Ibu di rumah. Situasi semakin menyeramkan apabila mereka mengetahui Ibu datang lagi tidak sekadar untuk menjenguk, tapi untuk menjemput mereka.


Buat anda yang masih belum menonton filem Pengabdi Setan, filem ini masih berada di pawagam dan seperti nasihat Bront di Twitternya, tontonlah filem yang original di pawagam.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top