CLOSE
CLOSE

Hadiah Kereta Aston Martin Bernilai RM1.4 Juta Buat TMJ

Dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT.


  • Share:

Hadiah Kereta Aston Martin Bernilai RM1.4 Juta Buat TMJ
Foto: JOHOR Southern Tigers

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima hadiah kereta mewah Aston Martin yang berkonsep JOHOR (merah biru) sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang kembali Piala Sumbangsih pada Sabtu lalu.

 

Kereta jenama Aston Martin yang dianggarkan lebih RM1.4 juta itu dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail sebagai penghargaan dalam menjuarai piala ke-10 pasukan itu.
 

Menerusi kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers pada petang Ahad lalu menulis, "Sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim telah menghadiahkan DYAM Tunku Mahkota Johor sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep JOHOR (merah biru). Allah Peliharakan Sultan."

 

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada malam Sabtu, skuad JDT berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih 2018 selepas meraihnya untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2015 dan 2016.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top