CLOSE
CLOSE

Makan Sambil Berehat Atas Ais Seperti Berada Di Kutub Utara!

Orang ramai kini boleh menikmati pengalaman menjamu selera yang unik.


  • Share:

Makan Sambil Berehat Atas Ais Seperti Berada Di Kutub Utara!
Suasana Ice Cafe ini memberikan pengalaman berbeza pada pengunjung. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Ingin merasai pengalaman berada di dalam kiub ais atau bermain dalam iglu seperti di Kutub Utara pada suhu 10 darjah Celcius?

Jika bercuti di luar negara pastinya memerlukan kos pembelanjaan yang besar tetapi berbeza dengan Ice Cafe yang menawarkan secara percuma kepada pengunjung.

Uniknya Ice Cafe ini yang dibuka sejak Julai tahun lalu, ia direka sebagai tarikan pelancongan sama ada pelancong tempatan mahupun luar negara yang ingin merasai pengalaman berada di Kutub Utara.

Rojak Daily Skop! berkesempatan mengunjungi Ice Cafe ini untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam kafe ais yang pertama dibuka di Malaysia dan  Pulau Pinang ini.

BERMAIN DALAM KAFE

Orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh bermain dengan ais di Ice Cafe.


Lazimnya, kita tahu kafe lebih kepada konsep pengunjung datang menjamu selera. Bagi menarik perhatian pengunjung, pengusaha kafe juga meletakkan pelbagai dekorasi cantik dan unik.

Namun, berbeza dengan pengalaman pengunjung jika singgah di Ice Cafe ini. Kafe ini terbahagi kepada tiga zon interaktif dimana pengunjung boleh menikmati suasana sejuk tanpa perlu memakai suit tebal selain dapat bermain di dalam kafe sepuas-puasnya.

Bagi Pengurus Pembangunan Perniagaan Theme Master Gallery, Hazlami Rosli berkata, Ice Cafe dibuka pada setiap hari dari 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Menurutnya, pengunjung berpeluang merasai pengalaman unik ketika berada di dalam 'Frozen Interior, Ruin Castle' dan 'Cube Room' selain dapat menikmati hidangan pencuci mulut dalam suhu yang cukup sejuk.

Jika anda ke Ice Cafe, jangan lupa mencuba Aiskrim Kandar yang unik.

Tambahnya, pengunjung juga boleh tidur di atas katil ais, ruang tamu dan berehat sambil diselimuti ais selain merasai berada dalam istana ais serta bermain di dalam igloo sebesar dua meter!

“Ice Cafe sesuai dikunjungi seisi keluarga tanpa mengira kaum atau usia selain harus mengabdikan segala kenangan manis pada lensa kamera ketika berada di sini.

“Saya yakin setiap pengunjung akan merasa puas termasuk menikmati menu istimewa yang disediakan termasuk Ais Krim Kandar yang mengandungi papadom, buah-buahan, serunding, kuih loyang, sambal dan kacang.

“Tidak ketinggalan Jug Ais Krim, Ais Krim Kentang Goreng, Wafer Ais Krim, Ais Krim Jeruk, Kek dan bermacam-macam lagi.

“Harga yang ditawarkan cukup berpatutan antara RM15 hingga RM36 bagi setiap pilihan hidangan yang diinginkan,” katanya.

Bagi pengunjung yang ingin mengunjungi Ice Cafe.

Alamat: 193, Lebuh Victoria, 10300 Georgetown, Pulau Pinang
Nombor telefon: 04-2633193.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top