CLOSE
CLOSE

Gadis Malaysia Juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018

Cantik, bijak dan berbakat.


  • Share:

Gadis Malaysia Juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018

Peserta dari Malaysia dan juga pengacara Wanita Hari Ini (WHI) TV3 Naseha Uyaina Arshad berjaya menewaskan 18 peserta apabila diumumkan sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang julung kali dianjurkan stesen TV Indosiar di Jakarta, malam tadi.

 

Uyaina berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.

 Juara dari Malaysia.

Peserta dari Indonesia, Hanifah Razan berada di tempat kedua dan Avida Lale dari Turki memenangi tempat ketiga.

 

Memetik temubual Harian Metro, “Ini penganjuran pertama dan saya memenanginya. Ia membuatkan kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya.

 

“Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, pastinya saya cuba memikul tanggungjawab ini untuk mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat,” kata Uyaina.

 Nama Malaysia diumumkan sebagai juara.

Lebih istimewa apabila Erra Fazira turut diundang sebagai juri dari Malaysia bersama aktivis dari Indonesia, Yenny Wahid, Siti Rahmawati (Turki), Marina Yusoff (Singapura) dan Daffy (Brunei Darussalam).

 

Selain tiga hadiah utama, Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia 2018 dimenangi Mala Daud dari Brunei Darussalam, Puteri Muslimah Berbakat Asia 2018 menjadi milik Beyza Demir dari Turki manakala Puteri Muslimah Favorit Asia 2018 turut berpihak pada Avida Lale dari Turki. 

 

Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top