CLOSE
CLOSE

Jahit Busana Meghan Markle, Pekerja Givenchy Cuci Tangan Setiap 30 Minit

Beratus jam diperlukan untuk menyiapkan gaun dan veil.


  • Share:

Jahit Busana Meghan Markle, Pekerja Givenchy Cuci Tangan Setiap 30 Minit
Foto: Kensington Palace dan Getty Images

Busana perkahwinan yang akan disarung oleh Meghan Markle sudah menjadi perhatian ramai sebelum pernikahannya lagi. Pelbagai nama-nama pereka terkenal seperti Erdem, Alexander McQueen sehingga Ralph & Russo disebut-sebut antara yang akan mereka busana perkahwinannya namun tekaan meleset apabila Meghan memilih Givenchy untuk mereka dan menjahit busana hari pentingnya.

Busana indah dari Givenchy.

Busana pengantin berwarna putih bersih yang direka oleh Clare Waight Keller itu cukup membuatkan Meghan tampil elegan dan minimalis dengan gaya solekan dan rambut pilihannya.

 

Namun tahukah anda, bukan sahaja pekerja Givenchy berusaha keras untuk menyiapkan busana pengantin ini, malah mereka turut teliti menjaga gaun dan veil putih itu agar sentiasa bersih.

  Para pekerja perlu mencuci tangan setiap 30 minit untuk menjaga keputihannya.

Menurut laporan The Sun, pekerja di butik Givenchy perlu mencuci tangan mereka setiap 30 minit sepanjang menyiapkan busaha indah ini. Clare berkata, itu adalah arahan yang harus diikut kerana berdasarkan pengalamannya sebagai pereka, tangan manusia sering menghasilkan minyak akibat daripada peluh. Jadi busana itu haruslah dijaga rapi agar sentiasa putih bersih.

 

Beratus-ratus jam dihabiskan untuk menjahit busana dan veil yang diperbuat daripada fabrik sutera tulle manakala veilnya diperbuat daripada benang sutera dan organza.  Para pekerja di butik Givenchy harus mematuhi arahan ketat ini kotoran tidak terkena dan busana itu kelihatan asli.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top