CLOSE
CLOSE

Busted! Kapten Skuad The Red Warriors Mangsa Terbaru Streetwearbustamy

Ramailah Instafamous tengah delete gambar pakaian ciplak.


  • Share:

Busted! Kapten Skuad The Red Warriors Mangsa Terbaru Streetwearbustamy
Turut menjadi mangsa. (Gambar: Streetwearbustamy)
Baru-baru ini kecoh dunia media sosial apabila satu akaun instagram ini mendedahkan kegiatan selebriti termasuk influencer yang kerap menggayakan barangan ciplak.

Antara yang menjadi 'mangsa' streetwearbustamy ini adalah Aiman Tino, Ismail Izzani, Zarina Anjoulie, Naim Daniel dan beberapa lagi nama popular lain. Jenama yang sering digunakan adalah Supreme, Adidas, Balanciaga, Vetements. Gucci dan banyak lagi.


Namun, buruan instagram ini tidak terhenti pada selebriti semata-mata, malah bintang pemain bola turut menjadi 'mangsa' posting terbarunya.

Individu terbabit adalah Kapten skuad The Red Warriors, Mohd Badhri Mohd Radzi atau turut dipanggil Kapten Piya. Beliau dikesan memakai kasut Adidas Yeezy Boost 350 V2 ciplak.

Menurut posting streetwearbustamy Captain Piya mungkin tidak sedar kasut sneaker Adidas Yeezy Boost 350 V2 dan juga Adidas NMD x Bape dipakainya adalah palsu.

Antara posting yang dikesan streetwearbustamy.
Lebih teruk lagi model Adidas NMD x Bape tiada di pasaran (official dalam pasaran hanya ada dua model sahaja). 

“Mungkin ada pihak-pihak yang menipunya (barangkali)..beware on this! Pesanan buat semua untuk lebih berhati-hati dengan penipuan palsu dan jugak jenayah hak cipta,” kata streetwearbustamy menerusi IG.

Boleh beza original atau fake?
Bagi memudahkan semua meneliti ketulenan kasut terbabit, streetwearbustamy turut menyelitkan beberapa gambar sebagai perbandingan.

Menurut streetwearbustamy tujuan IG itu diwujudkan bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi lebih kepada memperjuangkan hak cipta sesuatu produk.
 

Bravo @asad.motawh ! Legit check passed ✅💯

A post shared by Streetwear Busted Malaysia (@streetwearbustamy) on


Jadi adakah anda bersetuju dengan perjuangan IG ini? Ataupun pendirian anda adalah sebaliknya?

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top