CLOSE
CLOSE

Perkenal Menu Baru 'KFC Dunk & Dip', Ini Pendapat Kami Setelah Cicah Dan Celup

Kehangatan sos masam BBQ memberi pelbagai rasa.


  • Share:

Perkenal Menu Baru 'KFC Dunk & Dip', Ini Pendapat Kami Setelah Cicah Dan Celup

KFC Malaysia memperkenalkan menu terbaharu mereka yang agak lari dari kebiasaan, – KFC ‘Dunk & Dip’. Hidangan KFC Crispy Tenders menerusi langkah istimewa celup dan cicah ini dinikmati bersama kelazatan Sos Masam BBQ dengan kerangupan hangat Bertih Krup-Krup.

Boleh didapati dalam hidangan combo.

Boleh didapati bermula 16 Ogos 2018 di semua restoran KFC seluruh Malaysia, KFC ‘Dunk & Dip’ ini bakal menjanjikan sensasi yang penuh menyelerakan apabila dinikmati bersama KFC Hot & Spicy Crispy Tenders kegemaran ramai.

  Kami antara yang pertama mencuba.

Berkesempatan menjadi yang pertama untuk mencuba hidangan ini, KFC ‘Dunk & Dip’ berbaloi dinikmati kerana kepingan isi ayamnya besar dan mengenyangkan. Rasa rangup ayam Crispy Tenders dicicah bersama sos masam BBQ dan dicelup Bertih Krup-Krup memberikan rasa menyengat dan unik.

 cicah dan celup.

KFC Dunk & Dip boleh didapati buat masa terhad secara à la carte serta hidangan kombo. Hidangan à la carte didatangkan dengan 3 ketul Crispy Tenders, Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup bermula daripada RM6.90.

 

Hidangan kombo pula boleh didapati bermula daripada RM13.90 bersama pilihan 1 atau 2 ketul ayam KFC, hidangan sampingan KFC serta secawan iced lemon tea.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top