CLOSE
CLOSE

Peribahasa Memang Banyak, Tapi 10 Ini Confirm Anda Jarang Dengar!

Banyak yang melucukan.


  • Share:

Peribahasa Memang Banyak, Tapi 10 Ini Confirm Anda Jarang Dengar!
Bagai aur dengan tebing, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Itu antara peribahasa mudah dan sering digunakan oleh kita semua.

Namun hakikatnya banyak lagi peribahasa yang telah dicipita sejak dulu lagi. Malah ada sesetengah peribahasa sebenarnya amat unik dan boleh adakalanya boleh disifatkan sebagai agak pelik.

Kami senaraikan 10 peribahasa terbabit untuk anda praktikkan dalam kehidupan harian.

MAKSUD PERIBAHASA?


Namun sebelum itu, apa kata kita ketahui lebih mendalam apa sebenarnya maksud peribahasa ini.

Mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka, peribahasa bermaksud bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

Perkataan sinonimnya adalah bidalan, personafikasi, analogi, hiperbola, ibarat, kiasan, pematah, pepatah, perbahasaan, tamsil, ucapan, bahasa, ujar-ujar, ujar-ujaran, ungkapan, mamang, perumpamaan, metafora.

 

#1 HABIS KUMAN DISEMBELIH HENDAK MEMBERI MAKAN GAJAH

via GIPHY

Banyak sebenanrya peribahasa Melayu menggunakan nama haiwan. Antaranya ayam, ikan, harimau, ular, kuman dan tidak kurangnya gajah. Namun peribahasa ini agak jarang kita dengar.  

Maksud : Susahkan orang kecil kerana ingin menyenangkan orang yang hebat. 

#2 JANGAN MEMBERI BUNGA KEPADA MONYET

via GIPHY

Ada sesiapa pernah beri bunga kepada monyet? Mungkin tiada yang pernah berbuat demikian, namun pasti anda boleh agak apa kesudahannya bukan?

Maksud : Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang sesuai.

#3 JANGAN BAGAI BABI MERASA GULAI 

via GIPHY

Jika dulu darjat itu amat penting. Kebanyakkan orang berada atau bangsawan tidak boleh bergaul apatah lagi berkahwin dengan orang kebiasaan. 

Maksud: Orang yang hina tidak boleh berkahwin dengan orang bangsawan.

#4 KUTU EMBUN

via GIPHY

Teringat nasihat mak ayah yang melarang kita keluar malam takut nanti kita 'berembun' atau kesejukan. Mungkin ini yang cuba disampaikan oleh peribahasa ini.

Maksud: Seseorang yang suka merayau-rayau sehingga lewat malam.

#5 NAGA DITELAN LIDI

via GIPHY

Peribahasa ini menggunakan perbandingan sebagai bidalan atau hiperbola. Sebenarnya banyak peribahasa yang turut membawa maksud hampir sama dengan ini.

Maksud: Orang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan orang biasa.

#6 PACAT INGIN MENJADI ULAR 

via GIPHY

Mungkin anda boleh guna peribahasa ini selalu kerana rasanya ramai yang berperlakuan sebegini. Tidak berpijak di bumi yang nyata atau tidak mengukur baju di badan sendiri.

Maksud: Orang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya.

#7 RUMAH BURUK DISAPU CAT 

via GIPHY


Maksud peribahasa ini kedengaran agak kasar dan adakalanya terasa agak lucu. Namun rasanya lebih kepada kasar. Bayangkan orang tua digambarkan sebagai rumah buruk. 

Maksud : Orang tua yang gemar bersolek.

#8 MACAM ULAR KEKENYANGAN 

via GIPHY

Jangan sesekali guna peribahasa ini kepada individu berkaitan. Khuatir menyentuh perasaan mereka yang bersaiz sedikit besar atau diameter perutnya yang sedikit lebar.

Maksud: Orang yang buncit perutnya sampai jalan pun sudah tidak betul lagi.
 

#9 MAKAN BUBUR PANAS-PANAS

via GIPHY

Peribahasa ini bukanlah untuk menceritakan bubur itu sedap dimakan panas-panas sebaliknya mengajar masyarakat supaya jangan gelojoh!

Maksud : Kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

#10 JIKA KEPALANYA ULAR, TAKKAN EKORNYA BELUT

via GIPHY

Buat mereka yang tidak pernah berubah, peribahasa ini untuk anda. Malah ia kedengaran seperti menyindir (terbayang wajah-wajah makcik bawang mengeluarkan bait-bait perkataan ini).

Maksud: Yang jahat itu masih jahat

Jika anda mahu melihat lebih banyak peribahasa lain, boleh lah klik ke pautan ini, Senarai Peribahasa.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top