CLOSE
CLOSE

[REVIEW] Macam Inilah Baru Layak Digelar Gaming Phone!

Panel AMOLED pertama mencecah 90hz!


  • Share:

[REVIEW] Macam Inilah Baru Layak Digelar Gaming Phone!
Tahun ini boleh dikatakan sebagai tahun kebangkitan peranti gaming! Hampir setiap dua bulan, pasti muncul telefon pintar yang mengkhususkan pada aspek gaming. 

Namun dalam banyak-banyak peranti, rasanya ASUS ROG (Republic of Gamers) paling menampakkan ciri gaming sebenar dalam telefon pintar.

Mengapa saya kata begitu? 

Secara amnya peranti ini hampir sama spesifikasinya dengan ‘flagship’ 2018. Skrin AMOLED, Cip pemprosesan Snapdragon 845, RAM sehingga 8GB serta kapasiti bateri yang besar. Kedengaran sungguh biasa bukan?

Namun, telefon ROG sebenarnya telah melepasi zon selesa dengan menambah baik segala aspek bagi kebanyakkan model flasghip. Lihat rekaannya saja sudah garang, belum lagi melihat aspek dalaman! 

SKRIN AMOLED PERTAMA DENGAN REFRESH RATE MELEBIHI 60HZ



Jika anda lihat panel AMOLED 6 inci ini janganlah sangka ia sama seperti panel model lain kerana buat pertama kalinya AMOLED mampu mencapai refresh rate sehingga 90Hz.

Untuk pengetahuan anda sebelum ini hanya panel LCD saja yang mampu mencapai lebih daripada 60Hz.

Skrin ROG kali ini lebih lancar dan smooth dengan kelajuan respon 1ms ( millisecond). Sepanjang menggunakan peranti ini, memang terasa perbezaannya.

Kualiti paparan pula di tahap baik dengan keupayaan HDR (AMOLED kot!), namun tahap kecerahan rasanya patut dipertingkatkan.

OVERCLOCKED CIP PEMPROSESAN SEHINGGA 2.96GHZ! PALING LAJU!



ROG dikuasakan dengan cip yang sama iaitu Snapdragon 845, namun ia telah ditingkatkan kelajuannya sehingga 2.96GHZ menerusi pilihan X MODE! Paling laju setakat ini. Digabungkan pula dengan Adreno 630, maka prestasi gaming amat tinggi. 

Anda boleh lihat skor berdasarkan ujian di atas. Selain daripada itu, pemantauan saya terhadap frame rate ketika bermain game (PUBG, Asphalt 9, Shadowgun) memperlihatkan capaian yang agak tinggi.

ROG dengan mudah mencapai 60fps tanpa drop frame yang ketara.  Penggunaan skrin AMOLED dengan refresh rate hingga 90GHZ juga membantu melancarkan kawalan ketika bermain. 

Malah dengan bantuan 3D vapor-chamber cooling, prestasi ketika bermain agak stabil tanpa mengalami frame drop sekiranya peranti menjadi panas.


Setiap pembelian ASUS ROG akan disediakan AeroActive Cooler yang bertindak sebagai alat penyejuk tambahan. Jika memerlukan tempoh bermain yang panjang, maka gunakanlah alat ini.

Port bagi alat ini terletak pada bahagian kiri dan ia turut menyediakan port pengecasan dan juga audio 3.5mm. Percayalah jika anda menggunakannnya, anda terus akan digelar sebagai gamers sejati. 

Aspek bateri pula not bad! Anda boleh lihat penggunaan SOT (screen on time) saya di bawah. Overall memuaskan.


GAYA GAMERS SEBENAR



Banyak sebenarnya hendak diperkatakan mengenai ROG Phone ini. Senang kata, ia memang dihasilkan untuk hardcore gamers.

Fungsi Air Trigger antara yang saya puji mengenai ROG ini kerana ia memudahkan kawalan ketika bermain. Air Trigger dalam bahasa mudahnya adalah sensor sensitif yang mengesan sentuhan jari anda.




Contohnya jika anda bermain Asphalt 9, anda boleh letakkan bahagian kanan untuk nitro atau kiri untuk brek.Begitu juga PUBG, sama seperti penggunakan konsol. Hanya heret butang Air Tringger pada kawalan yang anda mahukan.

Seriously mudah dan fungsi patut ada dalam setiap gaming phone. Tidak perlu lah beli aksesori tambahan.

Selain itu ia juga menawarkan peranti tambahan lain seperti TwinView Dock, Mobile Desktop Dock, dan Gamevice controller (grip seperti Nintendo Switch) serta WiGig Dock. Anda kena beli asing.

Dengan ada kesemua aksesori ini maka anda layak digelar sebagai Republic of Gamers sejati. Tidak dilupakan logo ikonik ROG yang bercahaya dan boleh diubah menerusi setting X Mode.



Bagi kamera pula ROG phone ini dilengkapi dual sensor 16MP dan 12MP. Hasilnya anda boleh lihat di bawah. 




Secara keseluruhannya gambar dihasilkan ROG ini agak baik. Tidak teruk dan tidak jugalah yang terbaik. Potret mod juga pada pendapat saya agak memuaskan. Kelemahan paling ketara adalah penggambaran malam.

Pada anda yang mahukan peranti ini bolehlah dapat sekarang pada harga RM3499 bagi 128GB dan RM3999 bagi 512GB. Anda boleh dapatkan di LAZADA. 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top