Minggu lalu
Honor View 20 dilancarkan di Paris dan ia menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi
nanolitography.
Penggunaan teknologi ini menjadikan peranti ini kelihatan sungguh ‘flashy’ dan
outstanding berbanding model pernah dikeluarkan jenama lain.
Persoalannya apakah sebenar maksud nanolitography?
.jpg)
Sebelum itu untuk makluman anda perkataan
lithography sendiri bermaksud proses pencetakan yang menggunakan cap batu atau logam, litografi.
Bagi
nanolitography pula ia adalah antara jenis nano teknologi bagi memproses, mencetak, menulis atau menghasilkan corak pada tahap mikroskopik untuk menghasilkan struktur yang sangat kecil.
Proses ini biasanya digunakan untuk membuat peranti elektronik yang lebih kecil dan lebih cepat seperti mikro dan
nanochips.
.jpg)
Nanolithography digunakan terutamanya dalam pelbagai sektor teknologi dari elektronik ke biomedikal.
Secara mudahnya teknologi
nanolithography adalah kaedah untuk menghasilkan rekaan untuk melakukan permukaan material dengan struktur di bawah 100nm sekali gus menghasilkan rekaan yang cantik.
Anda boleh lihat pandangan awal rupa luaran Honor View 20 di bawah dan bagaimana teknologi nanolithography ini memain peranan.
.jpg)
Jika anda mahu berita penuh mengenai majlis pelancaran View 20 di Paris, anda boleh klik di
sini.