CLOSE
CLOSE

Anjang Aki Masuk Hospital Akibat 'Vertigo'

Pelakon veteran popular itu masih menerima rawatan daripada doktor.


  • Share:

Anjang Aki Masuk Hospital Akibat 'Vertigo'
Pelakon veteran popular zaman 80-an, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, sejak kelmarin. (Gambar: FINAS Malaysia - Facebook)
Pelakon veteran popular zaman 80-an, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, sejak kelmarin.

Isteri pelakon berusia 81 tahun itu, Datin Nazariah Abu Bakar menyatakan suaminya masih menerima rawatan di hospital tersebut kerana keadaannya belum stabil apabila sering kali berasa pening ketika bangun tidur atau dikenali sebagai ‘vertigo’ akibat hilang kesimbangan badan dan mengalami masalah lemah badan.

Menurut maklumat di Finas Malaysia di Facebook, doktor belum dapat pastikan lagi jenis penyakit yang dihidapi pelakon itu dan beliau masih menjalani proses rawatan susulan. Bagaimanapun, beliau kelihatan masih boleh bergurau senda dengan anggota keluarga.

Pengerusi FINAS, Datuk Khusairi Abdul Talib menyampaikan sumbangan kepada Anjang Aki ketika menziarah pelakon itu bersama SENIMAN di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, hari ini. (Gambar: FINAS Malaysia - Facebook)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) diwakili Pengerusinya, Datuk Khusairi Abdul Talib bersama Ketua Pengarahnya, Datuk Fauzi Ayob dan Timbalannya, Azmir Saifuddin Mutalib bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) turut hadir menziarah pelakon itu, hari ini.

Anjang Aki yang juga mantan Presiden SENIMAN Ke-2 selama 3 penggal dari tahun 1978 sehingga 1984 pernah membintangi pelbagai drama antaranya Tanah Pusaka (1967), Perajurit Pulang (1968) dan
Bangsawan (1970).

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top