CLOSE
CLOSE

TMJ VS Annuar Musa Sah Rebut Jawatan Presiden FAM

Khairy Jamaluddin telah menarik diri dari bertanding.


  • Share:

TMJ VS Annuar Musa Sah Rebut Jawatan Presiden FAM
Gambar: Malaysian Gazette
Calon akhir bagi merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017 hingga 2021 telah diketahui dan dua calon tersebut adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa.
 
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi Mstar, borang pengesahan TMJ telah diterima semasa beliau menemui pemilik pasukan JDT itu di Johor Bahru beberapa hari lalu.

Sementara itu, dua lagi calon lain bagi jawatan itu iaitu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat telah menarik diri daripada merebut jawatan itu.
 
Kongres Pemilihan FAM ke-53 akan berlangsung pada 25 Mac ini dimana pemilihan presiden FAM dan barisan exco baharu akan diadakan. Kesemua calon yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kongres akan datang perlu membuktikan mereka sedia memberikan perkhidmatan terbaik demi perubahan bola sepak negara ke arah yang lebih positif. Senarai penuh calon kali ini hanya boleh diumumkan pada mesyuarat terakhir eksekutif FAM yang akan diadakan pada Isnin hadapan.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top