CLOSE
CLOSE

Dulu Terpaksa Tunggu 102 Tahun Tapi Kini Hanya 13 Tahun

Berita gembira buat umat Islam yang berhasrat menunaikan haji selepas ini.


  • Share:

Dulu Terpaksa Tunggu 102 Tahun Tapi Kini Hanya 13 Tahun

Jika sebelum ini seorang pendeposit Tabung Haji terpaksa menunggu tempoh sehingga 102 tahun untuk giliran menunaikan haji tetapi kini tempoh itu lebih singkat kepada 13 tahun.

Berita gembira itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut menyatakan kuota haji untuk jemaah Malaysia ditambah kepada 30,200 orang pada tahun ini dibandingkan 27,900 orang sebelum ini.

Ketika ini, seramai 9 juta pendeposit Tabung Haji manakala 2.5 juta pendeposit sudah disenarai untuk menunaikan rukan Islam kelima itu. Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerajaan masih mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 walaupun kos sebenar kini melebihi RM14,000, katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Sementara itu, Tabung Haji yang mengagihkan kadar hibah sebanyak 4.25 peratus dan tambahan sebanyak 1.5 peratus untuk pendeposit yang belum pernah menunaikan haji dianggap lebih kompetitif berbanding simpanan di institusi perbankan Islam yang lain. Jumlah keseluruhan hibah adalah sebanyak RM2.88 bilion yang diangihkan kepada pendeposit pada tahun lalu.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top