CLOSE
CLOSE

Mampukah 23,000 Pelatih Jadi Sehebat Datuk Mokhtar Dahari?

Pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara dilatih dengan DNA bola sepak.


  • Share:

Mampukah 23,000 Pelatih Jadi Sehebat Datuk Mokhtar Dahari?
Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari antara pemain bola sepak negara yang digeruni pihak lawan.

Bila gamaknya pasukan Malaysia mampu menjadi pasukan digeruni pihak lawan di peringkat bola sepak antarabangsa sekurangnya hebat di peringkat Asia. Mungkinkah kita mampu melahirkan pemain bola sepak sehebat Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Biarpun ia cuma angan-angan tetapi seharusnya pihak berwajib seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempunyai perancangan rapi dalam memastikan sukan bola sepak negara menuju ke arah standard yang lebih baik.

Menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang diperkenalkan pada 10 April 2014 menjadi usaha yang lebih fokus dalam membangunkan bola sepak negara dan paling penting melatih lebih ramai bakal pemain profesional bertaraf dunia.

Rupanya, sehingga kini kita sudah mempunyai 23,000 pelatih berusia antara 7 sehingga 17 tahun di 123 pusat latihan daerah atau akademi tunas di seluruh negara. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan beliau sangat berpuas hati dengan perkembangan itu yang dianggap pencapaian besar dalam tempoh 3 tahun dan sasaran asal adalah mencapai 50,000 pelatih pada tahun 2020.

Difahamkan, pelatih-pelatih yang dipilih dari pencarian bakat dari seluruh negara ini dilatih dengan pengetahuan asas bola sepak dan gaya permainan yang digelar DNA bola sepak yang diterajui pengarah PPBN, Lim Teong Kim. Sebagai usaha berterusan, jumlah pusat latihan ini akan ditambah termasuk di Sabah dan Sarawak.

Khairy menjelaskan, idea PPBN ini tercetus akibat kelompongan dari segi pelaksanaan program pembangunan bola sepak yang hanya dilaksanakan di peringkat sekolah sukan negeri dan kerajaan ketika itu melihat tiada usaha serius dilakukan persatuan bola sepak negeri untuk menjaga pembangunan bola sepak di negeri masing-masing, katanya seperti dilaporkan Bernama.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top