CLOSE
CLOSE

Lofattah Genggam Anugerah MeleTOP Era 2017

Fattah Amin sapu bersih semua anugerah yang dicalonkan, manakala Neelofa menang dua kategori.


  • Share:

Lofattah Genggam Anugerah MeleTOP Era 2017
Neelofa dan Fattah Amin menjulang anugerahTop Top MeleTOP Anugerah MeleTOP Era 2017 (Gambar: Mazlan Yunos Photography)

Anugerah MeleTOP Era 2017 menyaksikan Fattah Amin menjadi pilihan peminat apabila dia menyapu bersih kesemua kategori yang dicalonkan termasuk memenangi anugerah utama, Top Top MeleTOP kategori lelaki.

Neelofa pula menang dalam dua kategori iaitu Penyampai MeleTOP dan Program MeleTOP, serta meraih anugerah utama Top Top MeleTOP kategori wanita.

Ketika ditemui, Fattah mengakui bahawa ikatan 'Lofattah' masih kuat membolehkan beliau merangkul anugerah-anugerah yang dicalonkan.

“Lofattah terlalu kuat kerana drama Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri. Apabila kami turun ke lokasi untuk bertemu peminat, kami melihat bahawa drama ini mempunyai pengikut yang ramai,” ujar Fattah pada Rojak Daily Kaw!

Neelofa turut mengakui perkara yang sama. Malah, atas sebab itulah mereka mengambil peluaang untuk memperbetulkan keadaan, melupakan perkara yang lama dan membuka buku baru.

“Kami sayangkan Lofattah dan atas sebab itu kami berhubung kembali, berbincang dan mahu memberikan yang terbaik kepada peminat yang meyokong kami selama ini,” kata Neelofa.

“kami juga ada projek khas telefilem kesinambungan Suri Hati Mr. Pilot khas untuk tayangan Hari Raya nanti,” tambah beliau lagi.

Menurut Fattah pula, telefilem itu merupakan tanda terima kasih kepada peminat-peminat yang banyak bertanya dan mahukan mereka digandingkan kembali.

“Insya-Allah, akan ada beberapa projek lagi antara saya dan Neelofa selepas ini,” tambah Fattah.

Berikut adalah senarai penuh para pemenang untuk Anugerah MeleTOP Era 2017.

Artis Baharu MeleTOP

Khai Bahar

Bintang Online MeleTOP

Fattah Amin

Drama MeleTOP

Suri Hati Mr. Pilot

Pelakon TV MeleTOP

Fattah Amin

Program MeleTOP

Taste Selebriti Ep.11 (Episod Neelofa)

Si Cilik MeleTOP

Yusuf Iskandar

Hos MeleTOP

Neelofa

Lagu MeleTOP

Pencuri Hati – Ayda Jebat

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin

Penyanyi MeleTOP

Siti Nordiana

Grup/Duo MeleTOP

Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir

Artis Lawak MeleTOP

Johan

Program Radio MeleTOP

Johara Pagi Era

Penyampai Radio MeleTOP

Johan

Couple MeleTOP

Akim Ahmad dan Stacy

Filem MeleTOP

Munafik

Bintang Filem MeleTOP

Fasha Sandha

Top Top MeleTOP

Lelaki:  Fattah Amin

Wanita: Neelofa

Anugerah MeleTOP 2017 berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, dibawakan oleh Aura White dan dihoskan oleh Johan, Nabil dan Neelofa.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top