CLOSE
CLOSE

Soal Keselamatan, Kadar Jenayah Tidak Boleh Dipolitikkan

Malaysia masih menjadi tumpuan pelabur asing kerana faktor keamanan.


  • Share:

Soal Keselamatan, Kadar Jenayah Tidak Boleh Dipolitikkan
MGCC berbangga dengan pencapaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memastikan keamanan negara adalah sangat penting.(Gambar: suaratv)
Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu jenayah dan keselamatan negara demi kepentingan industri perniagaan Malaysia. 

Presidennya, Datuk Dr. Alex Ong berkata, perbuatan seperti itu boleh menjejaskan minat pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia.

"Soal keselamatan dan kadar jenayah tidak boleh dipolitikkan kerana ini adalah kunci kejayaan Malaysia untuk di pandang bakal pelabur. Terdapat beberapa maklumat yang tidak betul disebarkan dalam Internet dan Facebook. Saya menasihati orang ramai mendengar sendiri kata-kata daripada pemimpin kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, beliau bagaimanapun yakin Malaysia masih menjadi tumpuan pelabur asing kerana tersenarai antara 30 negara paling aman seperti diumumkan 'Institute For Economic and Peace'.

Justeru, beliau berpandangan MGCC berbangga dengan pencapaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memastikan keamanan negara yang sangat penting bagi mempromosikan Malaysia di luar negara.  Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana  pasukan keselamatan dibawah pentadbirannya berjaya menurunkan  kadar jenayah sembilan peratus.

"Dengan adanya pemimpin seperti ini, saya yakin sangat mudah buat kita sebagai dewan perniagaan untuk mempromosikan peluang pelaburan kepada rakan di luar negara.

"Saya lihat pemimpin siang malam bekerja untuk negara. Kalau kita hanya bertepuk sebelah tangan, maka tidak ada guna sekiranya penipuan maklumat lebih banyak tersebar daripada yang melaksanakannya," katanya.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top