CLOSE
CLOSE

Kita Hanya Ada 28 Peratus Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi

Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan pada tahun 1982 didakwa gagal capai matlamat.


  • Share:

Kita Hanya Ada 28 Peratus Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi
Dasar Pandang Ke Timur merujuk pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh dan teladan terbaik dari Jepun dan Korea. (Gambar: translatemedia)

Konsep 'bersih, cekap dan amanah' termasuk 'kepimpinan melalui teladan' serta menggunakan kad perakam waktu bekerja dan kad nama antara perkara penting yang diberi penekanan ketika Dasar Pandang Ke Timur diumumkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982.

Dasar itu merujuk kerajaan Malaysia membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh dan teladan terbaik dari Jepun dan Korea diubahsuai untuk kegunaan di negara ini. Namun, dasar itu bermatlamat meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara dengan mewujudkan masyarakat mempunyai nilai dan etika positif seolah tidak lagi diberi fokus pada masa kini.

Ada yang berpandangan Malaysia masih kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi kerana terlalu bergantung kepada pelaburan luar dan pemindahan teknologi melalui dasar tersebut.

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir mendakwa, strategi yang diharapkan menjadi alat untuk membawa Malaysia ke status negara maju itu gagal mencapai hasrat yang diharapkan.

"Nyata sekali pemindahan teknologi tidak berlaku mengikut seperti yang kita rancangkan. Tidak seperti Malaysia, Korea dan Taiwan tidak bergantung kepada pemindahan teknologi, malah mereka sendiri belajar dan mencipta teknologinya tersendiri," dakwanya dalam satu kenyataan, semalam.

Akmal mendakwa, sebelum tahun 1985, Malaysia bergantung kepada hasil eksport komoditi dan kemudian ditransformasi kepada negara perindustrian berikutan kejatuhan harga komoditi dunia. Bagaimanapun, kajian waktu itu menunjukkan syarikat multinational tidak berminat memindahkan teknologi mereka ke negara lain.

Tambahnya, perkembangan itu menyebabkan ketika ini hanya 28 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada tenaga kerja berkemahiran tinggi dan ia angka yang rendah berbanding negara maju yang mencapai tahap 40 peratus. Jumlah itu tidak selari dengan keperluan ekonomi abad ke-21 yang menekankan penguasaan kemahiran yang tinggi, penguasaan teknologi maklumat (IT), kreativiti dan inovasi.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top