CLOSE
CLOSE

[Video] Brazil Hanya Menang Piala Dunia 5 Kali, AirAsia Menang 9 Kali

AirAsia sekali lagi diumumkan sebagai pemenang anugerah 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Di Dunia'.


  • Share:

[Video] Brazil Hanya Menang Piala Dunia 5 Kali, AirAsia Menang 9 Kali
Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan anugerah 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Di Dunia' buat kali ke-9 berturut-turut adalah suatu yang menakjubkan. (Gambar: Tony Fernandes - Facebook)

Syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila meraih kejayaan penuh bermakna di 2017 Skytrax World Airline Awards. Mereka berjaya merangkul anugerah 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Di Dunia' yang sebenarnya adalah pencapaian buat kali ke-9 berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkongsi perasaan gembiranya di media sosial menerusi akaun Facebook, Tony Fernandes

“Kejayaan yang sungguh menakjubkan. Bermula daripada sebuah syarikat penerbangan kecil di Malaysia yang kekurangan bantuan, kini kami sebuah penerbangan tahap ASEAN. Sebagai perbandingan, Brazil hanya memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali sahaja.

“Ini membuktikan bahawa rantau ASEAN juga mempunyai kemampuan menjadi juara di peringkat dunia. Percayalah kepada yang luar biasa. Bermula dari dua kapal terbang, kini kami juara dunia sebanyak sembilan kali,” katanya.

APA KOMEN NETIZEN?

Kejayaan AirAsia itu turut menarik perhatian netizen yang mengambil kesempatan memuji dan mengucapkan tahniah menerusi akaun Tony tersebut.

Majlis yang juga dikenali sebagai anugerah Oscar bagi industri penerbangan itu telah berlangsung di Musee de L’Air et de L’Espace, Le Bourget Airport di Paris, semalam.

Ketua kru penerbangan yang sudah berkhidmat selama 20 tahun, Suhaila Hassan, menerima anugerah tersebut bagi pihak AirAsia. Beliau diiringi dua orang duta syarikat penerbangan tersebut iaitu komposer terkenal antarabangsa, David Foster dan juga bekas bintang bola sepak Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top