CLOSE
CLOSE

DVO Tarik Perhatian Sejuta Pengunjung Bersama Nilai Jualan RM80 Juta

Pusat membeli belah, Design Village Outlet (DVO) menawarkan pusat khidmat pelanggan berkonsepkan 'lounge'.


  • Share:

DVO Tarik Perhatian Sejuta Pengunjung Bersama Nilai Jualan RM80 Juta
Pengunjung Design Village Outlet (DVO) berpeluang menikmati pelbagai kemudahan seperti kerusi roda, peti simpanan keselamatan, surau dan perkhidmatan Uber serta GrabCar. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Menjejakkan kaki ke kompleks membeli belah pasti menjadi tumpuan ramai tidak kira apa jua golongan dan juga bangsa sama ada untuk beriadah bersama keluarga ataupun membeli belah.

Namun, buat pertama kalinya di Design Village Outlet (DVO) yang terletak di Bandar Cassia Seberang Prai Selatan Pulau Pinang menempa sejarah yang  sendiri apabila membuka pusat khidmat pelanggan pertama di Pulau Pinang berkonsepkan 'lounge' seolah-olah pengunjung berada di lapangan terbang.

Layanan mesra kakitangan Design Village Outlet (DVO) menanti pengunjung.

KEMUDAHAN KONSEP 'LOUNGE'

Lebih menarik selain kaunter pertanyaan, orang ramai juga boleh menikmati suasana persekitaran 'lounge' atau ruang istirehat yang lebih selesa dan mesra termasuk kaunter penerangan pelancongan juga dibuka untuk pelanggan mendapatkan informasi lokasi tarikan pelancongan yang ada di sekitar Pulau Mutiara.

Selain kemudahan itu, DVO turut menyediakan peti tempat menyimpan barang, kereta sorong bayi, troli kanak-kanak, kerusi roda dan basikal elektrik termasuk kaunter hilang dan jumpa (lost & found), peti kecemasan, perkhidmatan memanggil pelanggan, payung serta perkhidmatan teksi, Uber dan Grab.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif DVO, Andy Song Chung Boon berkata, kemudahan terbaru itu disediakan khas untuk pelanggan DVO dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada agar lebih menarik.

"Jika dulu kaunter perkhidmatan pelanggan agak kecil dan kini tiada lagi selain DVO turut dilengkapi surau yang lebih besar dan luas serta perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Selain itu juga, kemudahan dua bilik menyusu bayi berhawa dingin yang menelan kos RM40,000 turut disediakan kepada golongan ibu yang inginkan privasi," katanya kepada Rojak Daily Skop!.

Perkhidmatan troli untuk kanak-kanak memudahkan pelanggan membeli belah dengan lebih selesa.

TARIKAN LEBIH SEJUTA PELANGGAN 

Andy berkata, sejak DVO dibuka pada 23 November tahun lalu, lebih 1.15 juta pelanggan termasuk pelancong tempatan dan luar negara seperti China, Thailand, Singapura datang membeli belah di sini membabitkan nilai jualan kira-kira RM80 juta.

Buat masa ini lebih 80 peratus rangkaian jenama perniagaan berada di DVO termasuk beberapa syarikat jenama lain seperti SuperDry, Esprit, Sacoor Brothers, Timberland, Levi’s, Guess dan Samsonite.

"Tidak lama lagi, jenama PUMA akan berada di DVO termasuk Bazar Makanan juga akan dibuka pada bulan ini dan tidak ketinggalan lima restoran termasuk 'Morning After X with the Beer Factory', Fa Ying Street, Dave’s Deli, Bulan dan 'Make Make," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top