CLOSE
CLOSE

Nak Beli Kereta Lelong Hanya Guna Telefon Pintar

Aplikasi terbaru, MUV Buyer menyediakan kemudahan pada bakal pembeli berurusan dengan lebih mudah.


  • Share:

Nak Beli Kereta Lelong Hanya Guna Telefon Pintar
Pengguna kini lebih mudah membeli kenderaan hanya menerusi aplikasi di telefon pintar. (Gambar: pinterest.com)

Ramai yang beranggapan membeli kereta yang dilelong lebih murah meskipun pembeli sendiri tidak mempunyai jaminan terhadap keadaan kereta yang bakal dibeli berada dalam keadaan baik atau tidak.

Namun, tahukah anda secara umumnya terdapat beberapa langkah utama membeli kenderaan lelong di negara ini. Pertama, dapatkan maklumat berkaitan senarai kenderaan dan tarikh lelongan terlebih dahulu.

Maklumat itu boleh diperoleh sama ada menerusi laman sesawang kereta lelong dan kemudian membuat pilihan ke atas kenderaan yang dilelong terlebih dahulu.

Kedua, hadir di tapak lelongan dengan menyediakan deposit untuk menyertai proses lelongan sama ada secara tunai atau kad kredit.

Ketiga, satu dokumen kontrak akan diserahkan sekiranya berjaya membida sesebuah kenderaan bagi melengkapkan bidaan tersebut.
 

BIDAAN SECARA LANGSUNG

Bagaimanapun, kaedah membida kenderaan lelong seperti itu kini boleh dianggap konvensional berdasarkan perkembangan teknologi semasa.

Terkini, syarikat pemasaran kenderaan terpakai online MUV Marketplace Sdn Bhd (MUV) yang telah menjual kenderaan terpakai lebih RM500 juta setakat Jun lalu melancarkan aplikasi mudah alih yang dinamakan MUV Buyer.

Ia merupakan aplikasi mudah alih untuk memudahkan pengedar kenderaan terpakai menyertai sesi lelongan MUV secara langsung dengan menggunakan telefon pintar mereka.

Aplikasi MUV Buy memudahkan bakal pembeli membeli kereta menerusi bidaan menerusi telefon pintar.

KELEBIHAN MUV BUYER

Menerusi aplikasi itu, pengedar kenderaan terpakai boleh membida menyertai sesi lelongan secara langsung dari jarak jauh melalui telefon pintar hanya dengan deposit keahlian sebanyak RM1,000.

"MUV merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan konsep 'slide-to-bid' yang merupakan salah satu daripada ciri-ciri istimewa aplikasi ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut MUV, ciri lain dalam aplikasi itu termasuk senarai kenderaan pra-lelongan bergambar yang lengkap dengan laporan pemeriksaan yang diluluskan. Ia turut dilengkap pengimbas kod QR yang boleh digunakan untuk memeriksa laporan yang sama di mana-mana pusat lelongan MUV.

Tambahnya, selain sesi lelongan secara langsung, MUV Buyer juga membolehkan pengedar kenderaan terpakai menyertai sesi dagangan selepas pasaran yang dikenali sebagai 'Xchange'.
 

STRATEGI PASARAN

Pengasas MUV, Nicholas Tan berkata, kemajuan pesat teknologi telah mendorong pelbagai industri termasuk industri automotif mennggunakan perkhidmatan aplikasi ini sebagai satu kemudahan.

Menurutnya, aplikasi terbaru itu adalah sebahagian daripada pembangunan pangkalan data besar MUV yang sentiasa dinaik taraf seiring dengan perkembangan teknologi.

“Aplikasi ini direka bertepatan dengan pembangunan pangkalan data MUV untuk strategi harga yang dinamik dalam pasaran kenderaan terpakai.

"Selain daripada pembidaan secara langsung, aplikasi ini juga turut menyokong ciri-ciri lain seperti ‘Pre-bid’ serta ‘Xchange’ dalam satu platform,” katanya.
 

WAKTU LELONGAN

Lelongan secara langsung MUV diadakan setiap minggu pada Rabu bermula jam 2 petang manakala Xchange pula diadakan pada Khamis dari 2 petang dan berakhir pada Jumaat, jam 6 petang.

Aplikasi MUV Buyer boleh dimuat turun secara percuma pada telefon pintar melalui App Store dan Google Play Store.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top