CLOSE
CLOSE

Naik Pengangkutan Awam Lebih Baik Tengok Sukan SEA

Pengangkutan LRT dan bas disediakan untuk memberi kemudahan pada orang ramai menyaksikan acara pelancarannya pada 19 Ogos ini.


  • Share:

Naik Pengangkutan Awam Lebih Baik Tengok Sukan SEA
RapidKL menyediakan bas khas dengan kekerapan 10-15 minit daripada tujuh lokasi dari atau ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memudahkan orang ramai. (Gambar: Kuala Lumpur 2017 - Twitter)
Hari ini (14 Ogos) Sukan SEA Ke-29 membuka tirai apabila dua acara iaitu bola sepak dan bola jaring bermula. Sepertimana rakyat Malaysia sedia maklum, acara pembukaan rasmi akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos ini.

Ribuan penonton dijangka hadir ke stadium tersebut bagi sama-sama meraikan acara yang sangat bermakna buat negara kali ini. Lebih menarik, masyarakat di negara ini tidak mahu melepaskan peluang menyaksikannya kerana kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah adalah pada 16 tahun lalu.

Bagi mereka yang pernah ke sana, ruang parkir kenderaan di sekitar Bukit Jalil cukup terhad dan kesesakkan dijangka berlaku pada hari penting itu.

Pelawanan pertama acara bola sepak membabitkan pasukan Kebangsaan menentang Brunei pada malam ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi Astro Arena, saluran 801 dan 802 HD.

JIMAT PETROL, MASA

Menyedari situasi yang bakal berlaku, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menyarankan orang ramai yang mahu hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil menggunakan pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan mereka.

Saranan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa penutupan jalan sama ada secara separa atau sepenuhnya yang akan dilaksanakan ketika majlis pembukaan tersebut berlangsung serta peningkatan kadar trafik yang akan menambah kesesakan untuk ke lokasi. 

Justeru, beberapa langkah alternatif diambil pihak sekretariat bagi membantu orang ramai menggunakan pengangkutan awam serta memastikan kelancaran trafik dan pergerakan orang ramai. Pengangkutan awam lebih menjimatkan petrol dan masa pengguna berbanding menggunakan kenderaan sendiri ke sini.


OPERASI DILANJUTKAN / DISKAUN TAMBANG 50 PERATUS

Beberapa langkah alternatif yang bakal dilaksanakan tersebut adalah seperti berikut: 

1. Lanjutan waktu operasi pengangkutan awam 
  • waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling di stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga 1 pagi.
  • pengguna yang mengambil LRT di stesen Bukit Jalil boleh bertukar ke semua perkhidmatan Rapid Rail yang lain termasuk LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, MRT Sungai Buloh-Kajang dan Monorel.
  • perkhidmatan KTM Komuter juga akan dilanjutkan waktu dengan butiran sepenuhnya yang akan diumumkan tidak lama lagi.

2. Perkhidmatan bas
  • RapidKL akan menyediakan bas khas dengan kekerapan 10-15 minit daripada tujuh lokasi dari atau ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Bas-bas ini akan memaparkan “KL SEA Games 2017” di papan destinasi elektronik untuk kemudahan rujukan. 

3. Perkhidmatan percuma

Semua 13,000 sukarelawan dan 2,500 rakan media yang mempunyai akreditasi untuk menggunakan perkhidmatan Prasarana secara percuma termasuk LRT, Monorel, BRT, MRT, RapidKL dan Bas Pengantara MRT dari 14 sehingga 31 Ogos 2017 bagi Sukan SEA dan 16 sehingga 24 September bagi Sukan Para ASEAN. 

4. Diskaun

Rapid Rail menawarkan diskaun pada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam mereka untuk ke destinasi Sukan SEA sebanyak 50 peratus sehingga 31 Ogos 2017.

5. Tempat parkir di semua rangkaian perkhidmatan rel.

Kira-kira 18,000 tempat letak kenderaan disediakan di rangkaian perkhidmatan rel di sepanjang laluan ke Bukit Jalil untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing. 

Perlawanan bola jaring antara Malaysia dengan Thailand dijangka mencuri perhatian ramai.

NASIHAT PENTING

Bagi mereka yang tetap mahu memandu kenderaan sendiri, MASOC mengingatkan mereka untuk menjangkakan kelewatan dalam perjalanan ke Stadium Bukit Jalil.

MASOC turut menyarankan agar para penonton tiba awal di Stadium Nasional Bukit Jalil supaya kesesakan pada waktu puncak dapat dikurangkan. Orang ramai juga diingatkan agar tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan di sekitar kawasan stadium bagi mengelakkan kenderaan mereka ditunda pihak berkuasa.

"MASOC berharap dengan pengumuman ini, orang ramai dapat merancang perjalanan masing-masing khususnya untuk ke upacara pembukaan nanti. 

"Maklumat terkini akan terus dikemaskini di laman media sosial KL2017 di dalam www.kualalumpur2017.com.my, Kuala Lumpur 2017 (Facebook), @KL2017 (Twitter), kualalumpur2017 (Instagram), Kuala Lumpur 2017 (YouTube).


BAS KHAS KE BUKIT JALIL

Perkhidmatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil menggunakan bas khas dari tujuh lokasi ada seperi berikut: 
  • KL SEA GAMES 1 Terminal Jalan Reko, Kajang 
  • KL SEA GAMES 2 Ampang Point, Ampang
  • KL SEA GAMES 3 Greenwood, Gombak
  • KL SEA GAMES 4 Hentian Bandar Shah Alam
  • KL SEA GAMES 5 KLCC Bust Stop
  • KL SEA GAMES 6 Platform C, Pasar Seni
  • KL SEA GAMES 7 Di hadapan NU Sentral, KL Sentral

Bas khas ini akan beroperasi dari pukul jam 5 petang sehingga 8 malam. Perkhidmatan pulang dari Stadium Nasional Bukit Jalil pula akan beroperasi dari jam 10.30 malam sehingga 1 pagi.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top