CLOSE
CLOSE

Kalau Berani Cubalah Burger T-rex!

Sajian berukuran lebar 8 inci, tinggi 7 inci bersama patty seberat 700 gram boleh membuatkan pengunjung terliur untuk mencubanya.


  • Share:

Kalau Berani Cubalah Burger T-rex!
Sajian seperti burger T-rex dan Roti John Long Island di Chillex Concept Café memang besar tapi ia boleh juga dimakan beramai-ramai. (Gambar: Aina Medina)
Apa yang 'best' sangat bila lepak di kafe dibandingkan restoran atau gerai tepi jalan? itu persolaan bagi mereka yang tidak pernah cuba datang ke kafe.

Dalam kalangan penggemar kafe, lokasi sebegini sering menjadi tumpuan ramai tidak kira di mana. Ada saja kafe baru, pasti ada yang mahu mencuba. Begitu juga penangan Chillex Concept Café yang boleh buatkan pengunjung jatuh cinta dan mahu datang kembali.

Bagi mereka yang belum pernah berkesempatan mengunjungi kafe ini, penulis kongsikan perkara menarik keenakan beberapa menu yang menjadi kegilaan pelanggan.

Walaupun kelihatan hipster, kafe ini menampilkan pelbagai jenis menu daripada hidangan barat, tempatan serta masakan Thailand. Menariknya, kafe ini turut menampilkan hidangan ‘tepi jalan’ dan pasar malam iaitu burger dan roti john dengan cara tersendiri. 

Chillex Concept Café menawarkan sajian tempatan dan barat kepada pengunjung.

RESIPI RAHSIA?

Sesuai dengan nama hidangan iaitu Burger T-rex, sajian ini bukan saja didatangkan dalam kuantiti yang banyak tetapi juga besar. 

Kalau tak percaya, cuba korang bayangkan burger dengan ukuran lebar 8 inci dan tinggi 7 inci yang didatangkan bersama patty seberat 700gram. Besarkan?

Lebih istimewa, pemilik mencipta sendiri patty dengan ramuan terpilih. Keaslian dan kesedapannya sudah terbukti.

Burger T-rex ini boleh didapatkan dalam dua pilihan berbeza antara ayam atau daging dan boleh dikongsikan bersama keluarga mahupun rakan sehingga 5 orang.

Pelanggan pasti puas dan kenyang 'gila' apabila menjamah burger T-rex.

Selain burger, kafe berkonsep urban dengan seni mural di dinding itu juga mengetengahkan roti john.
Dipanggil Roti John Long Island, ia juga dihasilkan dengan resepi rahsia. Berbeza dengan roti john dekat pasar malam, sajian ini didatangkan dengan nachos bersama gabungan dua jenis keju iaitu mozzarella dan sos cheezy.

Sebaik hidangan tiba di meja, pastinya anda teruja dengan lelehan sos cheezy yang meliputi roti. Terbaik beb rasanya!

Selain itu, pelanggan juga boleh mencuba Ultimate Big Plate yang menyediakan 2 jenis hidangan berbeza iaitu 'mix grill' dan 'deep fried'.

Mix grill merangkumi Lamb Chop, Chicken grill, Sauce grill, Herb French Fries dan Caesar salad yang dihidangkan bersama sos lada hitam. Kalau nak yang bergoreng, cuba Deep Fried dengan gabungan Chicken Chop, Fish and Chip, Chicken Popcorn, Herb French Fries dan Caesar salad.

Penggemar makanan barat memang patut mencuba sajian Mix Grill di Chillex Concept Café.

SAJIAN 7 WONDER

Bagi penggemar nasi, jangan berkecil hati apabila datang ke kafe ini. Apa kata, penulis cadangkan anda rasa sajian yang diberi nama '7 Wonder'.

Apa benda tu? '7 Wonder' adalah gabungan tujuh jenis nasi goreng termasuk nasi goreng kicap, nasi goreng sardin, nasi goreng tomyam, nasi goreng kampung, nasi goreng Thai, nasi goreng kerabu serta nasi goreng cina. Terdapat juga daging cincang dan ayam goreng berempah dalam menu ini.

Ada tujuh jenis nasi goreng dalam sajian 7 Wonder yang cukup menyelerakan.

Walaupun kuantiti setiap nasi tu nampak sikit, tetapi sebenarnya hidangan ni boleh dikongsi beramai-ramai tau. Sebelum balik, pekena dulu hidangan pencuci mulut Chillex Concept Café yang digilai ramai iaitu Pisang Bakar.

Pisang Bakar ini didatangkan dengan sos karamel bersama aiskrim vanila. Memang best la! 

Berbaloi dengan keenakkannya, kesemua menu di kafe ini dijual pada harga antara RM5 sehingga RM39.90. Apa tunggu lagi? Cepat serbu Chillex Concept Café sebelum mereka tutup kedai pada jam 1 pagi. Oh ya, lupa nak bagitau kafe ini terletak di Seri Iskandar, Perak!
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top