CLOSE
CLOSE

Siapa Peminat Kelab Bola Sepak Orang-Orang Pencen Atau Buah Ceri?

Rahsia di sebalik nama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang tidak diketahui ramai.


  • Share:

Siapa Peminat Kelab Bola Sepak Orang-Orang Pencen Atau Buah Ceri?
Mungkin tidak ramai yang tahu kelab bola sepak Chelsea (kiri) pernah dikenali sebagai ‘The Pensioners’ (orang-orang pencen) manakala pasukan digelar buah ceri diberikan kepada AFC Bournemouth. (Gambar: zimbio.com dan whufc.com)
Penyanyi pop terkemuka antarabangsa, Sting, pernah mengatakan dalam satu temubual bersama Esquire: “Ibubapa anda memberikan anda nama tetapi mereka tidak tahu siapa diri anda. Rakan-rakan anda pula memberikan nama jolokan kerana mereka tahu siapa diri anda yang sebenarnya”.

Kenyataan penyanyi yang sudah memenangi 16 Anugerah Grammy itu sememangnya ada kebenarannya. Walaupun seseorang itu sudah mempunyai nama rasmi, selalunya nama jolokan yang mengambarkan peribadi dan perwatakan diri dengan lebih tepat.

Jika anda seorang peminat sukan pula khususnya bola sepak, anda akan tahu terdapat banyak pasukan yang mempunyai nama jolakan rasmi. Pasukan JDT misalnya dikenali sebagai Harimau Selatan, pasukan Selangor sebagai Gergasi Merah dan Kelantan pula sebagai Si Kijang.

Begitu juga kisahnya dengan pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang juga mempunyai nama jolokan yang unik. Ikuti kisah menarik 20 pasukan kelab bola sepak antarabangsa di sebalik nama-nama mereka, seperti dilaporkan 90min.

1. AFC BOURNEMOUTH (THE CHERRIES)

Mengikut kenyataan dari kelab ini terdapat dua sebab mengapa pasukan ini digelar ‘The Cherries’ (yang bermaksud buah ceri). Pertama, jersi utama pasukan ini adalah berbelang hitam dan merah ceri. Kedua, gelanggang tempat mereka bermain iaitu Vitality Stadium (dahulunya dikenali sebagai Dean Court) sebelum ini dibina bersebelahan dengan kebun ceri.

2. ARSENAL (THE GUNNERS)

Kelab bola sepak ini ditubuhkan pada tahun 1886 oleh pekerja Royal Arsenal iaitu sebuah gedung yang menghasilkan dan menyimpan senjata bagi tentera British.

Sememangnya, ramai yang sudah mengetahui nama jolokan bagi kelab yang berpangkalan di London ini adalah ‘The Gunners’ bermaksud kumpulan penembak. Kelab Arsenal ditubuhkan pada tahun 1886 oleh pekerja Royal Arsenal iaitu sebuah gedung yang menghasilkan dan menyimpan senjata bagi tentera British. Nama jolokan The Gunners diinspirasikan melalui gedung senjata tersebut dan lambang pasukan juga terdapat gambar sebuah meriam.

3. BRIGHTON & HOVE ALBION (THE SEAGULLS)

Gelaran 'The Seagulls' diperoleh bermula daripada perang sorakan di antara penyokong pasukan Brighton dan Crystal Palace.

Ramai beranggapan nama jolokan ‘The Seagulls’ (burung camar) lahir daripada lokasi Brighton terletak di pesisiran pantai. Bagaimanapun, nama itu hanya diguna pakai secara meluas bermula dari tahun 1970-an. Ia bermula daripada perang sorakan di antara penyokong pasukan Brighton dan Crystal Palace. Setelah mendengar pasukan lawan tersebut menjerit nama jolokan baru mereka iaitu 'Eagles' (burung helang), penyokong pasukan Brighton bertindak balas dengan menyorak 'Seagulls'.

4. BURNLEY (THE CLARETS)

Pasukan Burnley menggunakan warna merah claret dan biru muda pada jersi utama mereka.


Nama jolokan pasukan dari Lancashire, England ini berdasarkan warna utama jersi mereka iaitu merah claret dan biru muda. Mereka mula menggunakan kombinasi warna tersebut pada tahun 1910 kerana ingin meniru warna jersi pasukan Aston Villa yang merupakan pasukan paling berjaya di England pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20.

5. CHELSEA (THE PENSIONERS/THE BLUES)

Walaupun nama jolokan yang diguna pakai pasukan Chelsea pada zaman moden ini adalah ‘The Blues’ (Si Biru), mereka dahulunya dikenali sebagai ‘The Pensioners’ merujuk maksud orang-orang pencen. Logo asal kelab dicipta pada tahun 1905 memaparkan gambar pekerja pencen sebagai tanda penghormatan kepada pesara tentera yang tinggal di Royal Chelsea Hospital. Bagaimanapun, bermula tahun 1950-an, logo tersebut digantikan dengan logo baru yang memaparkan gambar seekor singa.

6. CRYSTAL PALACE (THE GLAZIERS/THE EAGLES)

Pengurus pasukan Crystal Palace, Roy Hodgson menunjukkan jersi pasukannya.

Pasukan ini diasaskan di Crystal Palace iaitu sebuah bangunan di Selhurst, London yang dibina menggunakan besi dan kaca. Oleh yang demikian, mereka dikenali dengan nama jolokan ‘The Glaziers’ bermaksud tukang kaca. Bagaimanapun, bermula pada tahun 1970, mereka mengubah logo pasukan dan mula dikenali dengan gelaran ‘The Eagles’ (burung helang).

7. EVERTON (THE TOFFEES)

Rupanya gelaran ‘The Toffees’ diambil dari sebuah kedai toffee yang wujud sejak 100 tahun.


Kelab yang berpusat di Goodison Park, Liverpool, England ini mendapat gelaran ‘The Toffees’ (sejenis manisan yang dihasilkan dari gula karamel) berdasarkan sebuah kedai toffee yang wujud di kawasan tersebut selama 100 tahun. Kedai tersebut yang diberi nama Ye Ancient Everton Toffee House diuruskan seorang wanita yang dikenali sebagai Old Ma Bushell.

8. WEST HAM UNITED (THE IRONS/THE HAMMERS)

Kelab dari London ini dikenali dengan nama ‘The Hammers’ (tukul besi).

Walaupun ramai yang mengenali kelab London ini dengan nama jolokan ‘The Hammers’ (tukul besi), nama gelaran asal mereka adalah ‘The Irons’ (besi). Ini adalah berdasarkan penubuhan kelab oleh pekerja syarikat besi, Thames Ironwork. Gelaran 'The Hammers' pula muncul dari logo asal kelab memaparkan sepasang tukul besi yang digunakan untuk membina kapal.

9. LEICESTER CITY (THE FOXES)

Kelab Leicester City mengejutkan ramai peminat bola sepak selepas menjuarai EPL pada musim 2015/2016.


Pada musim 2015/16, pasukan Leicester City bukan sahaja mengejut peminat bola sepak di England tetapi pengikut sukan seluruh dunia. Ramai menjangkakan pasukan itu bakal menjadi pasukan belasahan sahaja pada musim tersebut tetapi mereka akhirnya berjaya menjuarai EPL. Mereka mula menggunakan nama jolokan mereka iaitu ‘The Foxes’ (musang) pada akhir tahun 1940-an kerana kawasan Leicestershire iaitu tempat pasukan tersebut berpangkalan, adalah tempat lahirnya kegiataan pemburuan musang di England.

10. LIVERPOOL (THE REDS)

Liverpool menggunakan warna merah yang disifatkan menggerunkan pihak lawan.


Ketika awal kemunculan kelab penuh sejarah dan tradisi ini bermain menggunakan jersi berwarna biru dan putih. Bermula tahun 1964, pasukan Liverpool menukar warna jersi mereka kepada merah dan di situ bermula nama jolokan mereka ‘The Reds’. Perubahan tersebut berikutan arahan pengurus lagenda mereka, Bill Shankley berpendapat warna merah lebih menggerunkan pihak lawan. Beberapa tahun kemudian, banyak kajian psikologi membuktikan warna merah memberikan kelebihan kepada sesebuah pasukan sukan.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top