CLOSE
CLOSE

Hadiah Hari Jadi Paling Bermakna Buat Max Verstappen

Pelumba pasukan Red Bull Racing itu berjaya menjuarai perlumbaan Formula 1 Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.


  • Share:

Hadiah Hari Jadi Paling Bermakna Buat Max Verstappen
Max Verstappen muncul juara kejohanan Formula 1 Grand Prix Malaysia di Sepang, Selangor, hari ini. (Gambar: Red Bull Racing - Twitter)
Pelumba pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen muncul juara kejohanan Formula 1 Grand Prix Malaysia di Sepang, Selangor hari ini yang menjadi acara terakhir sukan permotoran tersebut di negara ini.

Apa yang lebih istimewa buat pelumba dari Belgium itu adalah kemenangannya ini menjadi hadiah paling bermakna buat dirinya yang menyambut hari jadi ke-20 semalam.

"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini. Terima kasih pada Red Bull Racing kerana kereta yang hebat" katanya menerusi akaun Twitternya, Max Verstappen.

Kejayaan Verstappen menewaskan juara dunia, Lewis Hamilton yang memandu jentera Mercedes AMG Petronas manakala rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo turut berjaya menduduki tempat ketiga.
Verstappen mencatat masa 1:30:01.290 manakala Hamilton dengan perbezaan +12.770s diikuti Ricciardo (+22.519s). Prestasi Verstappen pada perlumbaan kali ini begitu menyakinkan selepas dia berjaya memintas Hamilton pada pusingan keempat.

Begitu juga, rakannya Ricciardo cemerlang selepas berjaya mengatasi pelumba Valtteri Bottas yang sekadar di tempat kelima manakala Sebastian Vettel berada di tempat keempat.

Keputusan penuh perlumbaan Formula 1 Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba Vettel yang memandu jentera Ferrari mengalami masalah tayar dan enjin pada pusingan ke-49 yang menyebabkan dia ketinggalan dari 0.5s kepada 14.8s daripada Ricciardo.

Berdasarkan pungutan mata, Hamilton masih mendahului dengan 34 mata dihadapan Vettel dengan baki lima lagi perlumbaan. Hari malang buat Ferrari seperti mana apa yang berlaku pada Vettel selepas Kimi Raikkonen tidak dapat memulakan perlumbaan kerana mengalami masalah enjin.

Kimi Raikkonen berdepan malang selepas mengalami masalah enjin.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top