CLOSE
CLOSE

Ayam FFC Digemari Ramai Sebab Resipi Rahsia

Sajian ayam goreng bersama sos keju menjadikan Familia Fried Chicken pertama di Malaysia.


  • Share:

Ayam FFC Digemari Ramai Sebab Resipi Rahsia
Bisnes Familia Fried Chicken (FFC) diusahakan tiga graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). (Gambar: Aina Medina)

Bisnes makanan memang sangat menguntungkan jika bijak menjual sajian yang menyelerakan dan paling menarik, ditambah dengan inovasi yang mampu menarik perhatian pembeli untuk mencuba.

Begitu juga, kebanyakan syarikat makanan dan minuman (F&B) hanya menghidangkan ayam goreng bersama sos cili mahupun sos tomato, berbeza pula dengan Familia fried Chicken (FFC) yang menampilkan ayam goreng bersama sos keju.

Lebih menarik, mereka mendapat jolokan sebagai ayam goreng bersama sos keju pertama di Malaysia.

Memang cukup menyelerakan apabila makan ketika dihidangkan masa panas.

SOS KEJU TERSENDIRI

Idea tiga graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mula menceburi bidang perniagaan dengan sesuatu yang 'rare' dan lain daripada lain ini seharusnya mendapat pujian.

Mana tidaknya, sos keju yang dihasilkan mereka sama sekali tidak muak seperti kebiasaan sos keju, sebaliknya mempunyai rasa enak dengan citarasa tersendiri.

Bukan saja mencipta resepi sos keju tersendiri, bahkan mereka yang terdiri daripada tiga jejaka yang semuanya berusia 24 tahun turut menghasilkan resepi rahsia bagi tepung ayam goreng.

Sejujurnya, ayam goreng FFC memang menyelerakan! ayamnya 'juicy' manakala tepungnya pula digoreng ranggup.

Hirisan daun ketumbar wangi dan segar yang ditabur di atas sos keju bersama ayam goreng terbabit seterusnya menambahkan lagi keenakkan juadah. Apatah lagi jika ia dihidangkan ketika masih panas.

Seiring dengan perkembangan perniagaan yang mula berniaga di tepi jalan, FFC kini memperkenalkan menu lain antaranya Macho Nachos, Hot Chick Fries serta Chicken Sandwich.

Namun, menu yang paling menarik untuk dinikmati adalah Chicken Tower. Menu ini merangkumi 10 ketul ayam, kentang dan nachos, menjadikannya sebagai hidangan yang lengkap untuk empat hingga lima orang.

Jika mahu merasai ayam dengan sos keju boleh mencuba di Familia Fried Chicken (FFC).

MAHAL TAK?

Jangan risau, harga yang ditawarkan murah dan berpatutan antara RM2.50 sehingga RM35.00. Anda boleh mendapatkan bantuan Google Maps atau Waze untuk singgah ke FFC Kampung Baru atau cawangan kedua mereka di The Port, Damansara.

Ini 5 sebab kenapa anda perlu cuba FFC:

  1. Ayam goreng bersama sos keju pertama didie Malaysia
  2. 100 peratus resepi sendiri
  3. FFC diadun daripada bahan bermutu tinggi, berkualiti dan yang penting halal
  4. Harga yang murah dan berpatutan
  5. Sesuai dinikmati setiap lapisan masyarakat dan boleh dimakan pada bila-bila masa

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati menerusi Instagram (familiafriedchicken.my) atau Facebook (Familia Fried Chicken).

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top