CLOSE
CLOSE

Hanya 'Shopping Online', Anda Boleh Ke Sini Secara Percuma

Pelanggan berpeluang dapat emas sebagai 'Top Introducer'.


  • Share:

Hanya 'Shopping Online', Anda Boleh Ke Sini Secara Percuma
Tangkuban Perahu di Bandung, Indonesia antara lokasi percutian popular dalam kalangan pelancong. (Gambar: thesmartlocal.com)
Memang seronok dan mudah apabila membeli belah secara online atau dalam talian apatah lagi apa saja kini boleh dibeli dalam talian.

Lebih menarik, ia menjimatkan masa dan petrol kereta pelanggan tanpa perlu pergi ke premis jualan tersebut dan segala transaksi hanya dibuat di alam maya. Bagi mereka yang biasa membeli dalam talian, satu lagi  kelebihan boleh diperolehi adalah mendapat diskaun.


DAFTAR TERUS DAPAT DISKAUN

Laman sesawang membeli belah dalam talian, PG Mall buat pertama kalinya memberikan insentif pembelian 20 peratus kepada orang ramai yang berdaftar dengan mereka..

Caranya cukup mudah iaitu hanya melayari laman sesawang rasmi PG Mall di www.pgmall.my dan berdaftar sebagai ahli atau pembeli secara automatiknya anda layak mendapat insentif pembelian 20 peratus.

Pengurus Permasaran PG Mall, Tricia Loh berkata, tawaran istimewa ini diberikan kepada orang ramai sebagai tarikan untuk mengajak lebih ramai pelanggan membeli belah melalui PG Mall.

Menurutnya, jika sebelum ini setiap pembelian ke atas mana-mana laman sesawang syarikat jualan dalam talian tidak berpeluang memiliki sebarang insentif pembelian tetapi ia berbeza dengan PG Mall kerana insentif ini diberikan terus kepada pelanggan.

Katanya, bukan itu sahaja setiap pembeli juga layak mendapat insentif tambahan atau berganda dengan memperkenalkan rakan-rakan atau ahli keluarga mereka untuk membeli belah bersama PG Mall.

"Setiap pembeli berdaftar akan memiliki nombor keahlian termasuk 'link' khas ahli dan setiap pendaftaran yang dibuat rakan-rakan atau ahli keluarga mereka melalui link khas itu akan dikira sebagai 'Top Introducer'.

"Sebagai 'Top Introducer' mereka berpeluang memenangi emas 1 gram dan lagi banyak menjadi ahli semakin banyak lagi peluang akan dimenangi," katanya.


CABUTAN BERTUAH

Pengurus Permasaran PG Mall, Tricia Loh (kiri) menunjukkan hadiah istimewa yang ditawarkan kepada orang ramai yang menyertai sebagai ahli PG Mall.


Tricia berkata, bersempena Jualan Akhir Tahun atau 'Year End Sale' (YES) 2017, PG Mall turut mengadakan cabutan bertuah setiap minggu pada setiap Selasa pada jam 3 petang bermula dari 15 Oktober sehingga 31 Disember depan.

Jelasnya, setiap pembeli atau ahli PG Mall juga berpeluang memenangi hadiah utama yang cukup istimewa iaitu bar emas seberat 10gram.

Malah, PG Mall juga turut menawarkan hadiah berupa 1/2 dinar emas kepada empat pemenang pertama, 1 gram bar emas 1 gram untuk lima pemenang bagi pemenang kedua dan 0.5 gram bar emas untuk 10 pemenang ketiga.

"Apa yang menarik segala yang ditawarkan PG Mall itu adalah menjadi milik anda semua dan insentif istimewa ini harus direbut dan dimiliki," katanya.

Tambahnya, sebagai tarikan lain pula setiap pengedar biasa, 'priority dealer' dan 'master dealer' turut berpeluang memperolehi rebat istimewa antara lima sehingga 11 peratus.

"Bukan itu sahaja, bagi mereka yang berjaya mencatatkan jualan tertinggi sebanyak RM500,000 sehingga Jun 2018 layak untuk memenangi insentif percutian 4 hari 3 malam ke Bandung, Indonesia untuk seorang secara percuma dari PG Mall," katanya.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top