CLOSE
CLOSE

Dua Hari Hujan Lebat, Ini Info Perlu Anda Tahu Sekiranya Dilanda Banjir

Banjir berkemungkinan berlaku jika hujan lebat berterusan sehingga Sabtu ini.


  • Share:

Dua Hari Hujan Lebat, Ini Info Perlu Anda Tahu Sekiranya Dilanda Banjir
Setiap tahun Malaysia akan dilanda banjir di beberapa kawasan terutama di pantai timur. (Gambar: klexpatmalaysia)
Sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda hujan lebat berterusan. Malah, adakalanya situasi ini mengakibatkan beberapa kawasan termasuk di Kuala Lumpur mengalami banjir kilat.
 
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan berserta angin kencang di Pantai Timur dan beberapa lokasi lain selama dua hari sehingga Sabtu ini.
 
Tempoh dua hari ini sebenarnya agak lama dan jika hujan lebat ini berterusan ia berkemungkinan boleh mengakibatkan banjir di beberapa kawasan iaitu sekitar Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
 
MetMalaysia juga menjangkakan kawasan lain adalah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu serta Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Hulu Perak.

Banjir kilat sering melanda beberapa jalan utama bandaraya Kuala Lumpur.
RISIKO BANJIR
 
Pelbagai kejadian tidak diingini boleh berlaku sekiranya kawasan tempat tinggal anda dilanda banjir. Anda mungkin berisiko terpijak benda tajam ataupun terjatuh ke dalam kawasan lebih dalam seperti saluran parit. Lebih membimbangkan, banjir juga boleh menyebabkan insiden mati lemas.
 
Selain itu apa yang perlu diambil kira adalah bahaya kepada renjatan elektrik. Bagi aspek kesihatan pula, penyakit taun, cirit birit dan demam kepialu antara yang sering menyerang ketika musim banjir.

Jangan biarkan anak-anak kecil bermain air ketika banjir.
APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA BANJIR?
 
Perkara pertama anda perlu lakukan adalah mengumpul maklumat berkaitan banjir di tempat anda termasuk mengenal pasti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan.
 
Bagi mengelak renjatan elektik berlaku, matikan semua punca bekalan ketika berpindah. Malah, anda dinasihatkan tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.
 
Jika air mula naik, mula pindahkan barang berharga serta dokumen peribadi ke tempat lebih selamat. Ikut arahan pihak berkuasa dan segera pindah ke pusat pemindahan disediakan.

Jangan lupa kucing kesayangan anda!
JAGA KESIHATAN KETIKA BANJIR
 

Meskipun, kita semua lazimnya tahu risiko banjir yang berlaku dan langkah pencegahan yang harus dilakukan tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi beberapa panduan kepada mangsa banjir agar lebih berhati-hati.

Sebagai peringatan, mereka yang berada di kawasan yang dinyatakan perlu sentiasa berwaspada dengan apa juga kemungkinan yang boleh berlaku akibat banjir. Memandang hujan lebat yang berterusan, kurang aktiviti luar buat masa ini.

Panduan KKM kepada mangsa banjir:
  1. Mangsa banjir disarankan supaya minum air yang telah dimasak.
  2. Semua penduduk yang terjejas akibat banjir dilarang makan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak termasuk ulam ulaman.
  3. Jika mengalami cirit birit dan muntah, anda haruslah segera berjumpa doktor. Selain suntikan vaksin juga perlu mengikut nasihat doktor.






 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top