CLOSE
CLOSE

Jangan Hanya Tunjuk Hebat Kat Luar, Kalau Berani Masuk Gelanggang

Pertandingan MMA kali ini berjaya menarik penyertaan 140 peserta dari tiga negara.


  • Share:

Jangan Hanya Tunjuk Hebat Kat Luar, Kalau Berani Masuk Gelanggang
Pertarungan MMA sebegini memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai sukan bela diri. (Gambar: PGX - Facebook)
Tangkas dan pantas, itulah yang perlu ada dalam seni beladiri. Malah, hampir setiap negara di serata dunia ini mencipta seni mempertahankan diri tersendiri yang kemudian berkembang ke luar negara.

Keunikkan seni bela diri kini bukan hanya fokus kepada silat atau taekwondo semata-mata tetapi kini lebih meluaskan kepada tinju, judo, karate, kung fu dan sebagainya. Menariknya, aktiviti sukan ini meraih perhatian golongan muda untuk turut serta bertanding mahupun menjadikannya sebagai salah satu aktiviti riadah.

Seiring dengan peredaran zaman, Pertubuhan Belia Liga Muslim Pulau Pinang (PBLMPP) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang menganjurkan Kejohanan Pusaka Ultimate Fight Edisi 7 Clash of Heroes 2017 di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 25 November ini.


TUNJUK BAKAT

Dua peserta tempatan, Azreel Izzat Al-Hadi Azizul (kiri) dari Lekir Fight Team bersama Muhamad Sharil Ismail mewakili Pertubuhan Belia Liga Muslim Warrior bakal beraksi dalam Kejohanan Pusaka Ultimate Fight 2017.

Presiden PBLMPP, Noor Mohamad SPK Abdullah berkata, kejohanan edisi ketujuh ini turut mendapat kerjasama dari Tanzim Lekir, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Timur Laut dan PSSPGM Cawangan Air Itam. 

Menurutnya, kejohanan ini bakal menyaksikan 70 pertarungan membabitkan 11 kategori dipertandingan dengan 140 penyertaan daripada pesilat dan ahli seni bela diri dari seluruh negara.

Katanya, acara ini juga menarik penyertaan peserta dari Thailand dan Singapura yang bakal bertarung untuk membuktikan siapa jaguh sebenarnya.

"Sebelum ini kejohanan ini diadakan di luar Pulau Pinang dan buat pertamanya PBLMPP menjadi penganjur utama membabitkan keseluruhan pembelanjaaan melebihi RM50,000.

"Setiap pemenang bakal membawa pulang trofi, piala dan sijil penyertaan dimana objektif utama adalah memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai sukan bela diri.

"Ia turut tertumpu melahirkan bakat baru dalam sukan tempur untuk mewakili seni silat dalam acara seni mempertahankan diri campuran," katanya kepada Rojak Daily Skop!, semalam. 


CARI DISIPLIN BELADIRI TERBAIK 

Kejohanan Pusaka Ultimate Fight Edisi 7 Clash of Heroes 2017 di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 25 November ini.


Pengarah Projek Pusaka Ultimate Fight, Muhd Munzir Mustapha pula berkata, warisan seni mempertahankan diri kini semakin kurang disertai dan sudah tiba masanya pelapis baru dalam kalangan anak-anak muda dibimbing dan diketengahkan.

"Ini kerana silat-silat pusaka tidak akan dilupakan pada warisan akan datang dan pertandingan ini berkonsepkan pertandingan silat olahraga.

"Pertandingan ini mampu mereka mencuba untuk menyesuaikan diri dengan konsep pertandingan sebenar sukan mempertahankan diri campuran.

"Apa yang diharapkan kejohanan ini akan mendapat sambutan hangat dari golongan belia dan beliawanis di seluruh negara termasuk Thailand serta Singapura," katanya.

Pertandingan MMA turut menarik perhatian golongan wanita untuk mengambil bahagian.

Seni pertahanan diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) adalah hasil gabungan daripada pelbagai disiplin seni pertahanan diri sedia ada di serata dunia.

Ia merupakan satu pertarungan untuk mencari siapa dan apakah disiplin seni pertahanan diri terbaik dalam membentuk MMA yang sedia ada sebagaimana sekarang.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top