CLOSE
CLOSE

Kasihan Musang King Jadi Mangsa

Ia didakwa mengandungi racun serangga tinggi sehingga tidak dibenarkan masuk ke pasaran China.


  • Share:

Kasihan Musang King Jadi Mangsa
Durian King menjadi buah paling popular ketika Durian Festival di Nanning, November lalu. (Gambar: MOA)

“Due to the China rejected all the musang durians closed to more than 20 containers due to Too high insecticide detected in the fruit that is why durians returned back to Malaysia and now selling at cheap price”

 
Anda ada menerima pesanan seperti ini menerusi WhatsApp? Kononnya 20 kontena durian Musang King ini dikembalikan semua ke Malaysia selepas tidak dibenarkan memasuki China atas dakwaan mengandungi racun serangga yang tinggi?
 
Bagi anda yang membaca atau sudah pun menyebarkan maklumat ini, anda harus tahu ia adalah kenyataan palsu dikeluarkan oleh individu tidak bertanggungjawab!

Malah, ia disebarkan ketika rakyat di negara ini sedang menikmati durian pada harga rendah yang sedang di jual di beberapa lokasi di Perak dan Selangor. Kejam bukan? Oleh itu hentikan penyebaran maklumat tidak tepat dan fahami situasi sebenar.
 
GAMBAR PUN TIDAK TEPAT

Kenyataan palsu yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp
Dalam satu kenyataan terbaru dikeluarkan di Facebook, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata mesej berkenaan tidak sahih dan langsung tidak berasas.
 
Secara fizikalnya, gambar durian yang ditularkan tidak sama dengan ‘characteristic’ Musang King di negara ini.
 
Malah, buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses untuk memasuki pasaran Republik Rakyat China (RRC).
 
Malaysia hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses iaitu ‘pulp’ dan ‘paste’ dan produk industri asas tani berasaskan durian.
 
Oleh demikian, durian berkulit seperti ditularkan ternyata bercanggah daripada apa yang sebenarnya berlaku.


PERMIT BAWA 3.8 TAN DURIAN BERKULIT
 
Menurut Mohd Sallehhuddin, Malaysia sedang dalam proses memohon untuk mendapatkan akses pasaran bagi buah durian dalam bentuk biji yang disejuk bekukan.
 
Biji durian ini akan dibekukan pada suhu bawah -80c melalui proses IQF ('individual quick freezing') dan mengekalkan suhu pada suhu -18c.
 
Lihatlah kebahagian mereka apabila dapat menikmati durian! Oleh itu janganlah sebar cerita palsu!
Semasa Malaysia Durian Festival di Nanning pada awal November baru-baru ini, MOA telah mendapat kelulusan khas untuk membawa masuk 3.8 tan metrik buah durian berkulit yang telah disejukbekukan hanya bagi tujuan promosi sahaja.

Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di Beijing juga sedang memantau dan mendapatkan pengesahan lanjut mengenainya daripada pihak berkuasa tempatan RRC.
 
“Nasib Musang King. Bila harga murah disebabkan musim yang banyak, keluar cerita lain pula,” katanya.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top