CLOSE
CLOSE

Sanggup Beratur 4 Hari, Gadis Ini Berjaya Beli iPhone X Hanya RM10

Apple iPhone X mula dijual di Malaysia bermula hari ini.


  • Share:

Sanggup Beratur 4 Hari, Gadis Ini Berjaya Beli iPhone X Hanya RM10
Penantian yang amat berbaloi selepas beratur selama 4 malam. (Gambar: Celcom)
Pada awal November lalu, iPhone X mula dijual secara rasmi di 55 negara terawal.
 
Malaysia tidak tersenarai dalam kelompok pertama ini. Namun, negara jiran kita, Singapura menjadi negara bertuah yang menerima pasaran model iPhone X ini.
 
Ketika pelancarannya, orang ramai terutama pengguna setianya sudah mula beratur panjang. Malah, ada di antara mereka beratur 48 jam awal sebelum Apple Store di Jalan Orchad, Singapura memulakan jualan.
 
Tempoh dua hari nampaknya tidaklah terlalu lama untuk menunggu. Ini kerana rekod itu baru saja dipecahkan oleh pembeli daripada Malaysia pada jualan iPhone X yang bermula hari ini.
 
EMPAT HARI MENUNGGU!

 
Perkara itu didedahkan oleh syarikat telekomunikasi Celcom yang memuat naik gambar pembeli terbabit di Facebook mereka.

Menurut Celcom, gadis terbabit sudah mula beratur di Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid selama empat hari lebih awal. 

Jika dikira mengikut jam, individu terbabit sudah beratur selama 98 jam di hadapan premis terbabit. Dua hari lebih lama daripada pembeli di Singapura!
 
Jika anda fikir individu ini sudah hilang akal, anda mungkin tidak percaya harga yang perlu dibayar oleh gadis ini hanyalah RM10. Yup! Hanya RM10 bagi sebuah iPhone X berkapasiti 64GB!

Memang benar gadis ini cukup bertuah dibandingkan kisah seorang wanita yang dilaporkan semalam terpaksa membeli iPhone 6 kentang (Baca lagi: Model iPhone 'Kentang' Masuk Pasaran, Nak Beli Tak?)

Pada harga serendah RM10 ini, pastinya ramai yang 'makan hati' kerana harga sebenar iPhone X antara yang model iPhone paling mahal ketika ini.
 
Apple iPhone X kini dijual pada harga RM5,149 bagi 64GB manakala RM5,899 bagi 256GB.
 
Antara fungsi baru diperkenalkan termasuklah rekaan gelas pada bahagian depan dan belakang, skrin OLED bersaiz 5.8 inci, cip pemprosesan A11 Bionic, pengecaman wajah Face ID dan pengecas tanpa wayar.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top