CLOSE
CLOSE

Cipta Motosikal 'Kalis' Banjir Hanya RM500

Hujan di Kelantan semakin teruk apabila jumlah mangsa yang terjejas meningkat.


  • Share:

Cipta Motosikal 'Kalis' Banjir Hanya RM500
Motosikal 'canggih' ini dihasilkan dengan modal hanya RM500. (Gambar: Tular)
Motosikal jenis lama sekali lagi membuktikan daya ketahanan dan fleksibiliti dalam pengubahsuaian untuk tempoh jangka masa panjang.
 
Jika beberapa bulan lalu tular di media sosial dua individu mengharungi kawasan banjir dengan menaiki motor, kali ini muncul pula seorang individu yang menghasilkan motosikal ‘kalis’ banjir.
 
Hasilnya, motosikal yang menggunakan enjin Honda C70 dengan tempat duduk dan bahagian depan yang lebih tinggi dicipta untuk meredah banjir!
 

BOLEH GUNA HINGGA KEDALAMAN SATU METER 

Video Amin menguji ketahanan motosikal ini tular sejak kelmarin. 
Menggunakan satu tayar motosikal di hadapan dan dua tayar kereta di belakang, kenderaan ini mampu menempuh banjir pada kedalaman sehingga satu meter.
 
Untuk makluman, motosikal ini dihasilkan oleh pengusaha dan pembekal barangan aluminium dan cermin di Kampung Bukit Tanah, Selising.
 
Amin Mohamed, 31, menggunakan daya kreatif sendiri dengan mencipta motosikal yang mampu meredah banjir dengan hanya menggunakan modal sebanyak RM500.
 
“Saya buat lakaran reka cipta motosikal ini pada Januari lalu dan mula membuatnya sedikit demi sedikit pada waktu terluang.
 
“Saya hanya guna bahan terbuang dan bahan sedia ada kerana saya perlu elak kos tinggi. Ciptaan ini bukan untuk meraih keuntungan, hanya untuk kepuasan diri,” katanya kepada Sinar Harian.
 

BELUM SIAP SEPENUHYA

 

Bagaimanapun, Amin memberitahu motosikal terbabit sebenarnya belum siap sepenuhnya dan rakaman video yang tular itu hanya sebagai percubaan meredah banjir.
 
Rakaman video dan gambar ‘pandu uji’ di satu lokasi banjir di Selising itu tular di media sosial sejak kelmarin dan menerima lebih 1,000 perkongsian.
 
Sehingga hari ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan mencecah 12,734 orang.

Kesemua mangsa ditempatkan di 101 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top