CLOSE
CLOSE

Parodi Haram Hingga Boleh Jadi Dosa Besar? Dengar Penjelasan Ini

Mungkin anda boleh mula menghasilkan karya berunsur nasihat.


  • Share:

Parodi Haram Hingga Boleh Jadi Dosa Besar? Dengar Penjelasan Ini
Luqman dan Faiz Roslan antara 'influencer' yang giat menghasilkan video. (Gambar: Youtube)
Di era kebangkitan media sosial adakalanya membawa satu impak negatif kepada pengguna khususnya rakyat di negara ini.

Ada saja aplikasi dan trend baru yang mencetuskan fenomena yang akhirnya menjadi ikutan netizen tempatan.

Malah sejak tahun lalu, kita ‘dihidangkan’ dengan pelbagai parodi yang bertebaran di ‘timeline’ media sosial.

Ada yang berbentuk nasihat dan tidak kurang juga yang hanya sekadar mahukan perhatian semata-mata.

JENAKA KASAR HINGGA MENJATUHKAN MARUAH

Strek Production antara anak muda yang menghasilkan video berbentuk nasihat.
Namun tahukah anda jenis parodi yang menjatuhkan maruah individu lain menaburkan dialog kontroversi hingga mengaibkan adalah haram bagi mereka yang beragama Islam?

Menurut pendakwah bebas, Taha Mohd Omar, pandangan Islam dalam hal berjenaka secara umum adalah harus, bagaimanapun ia menjadi haram apabila jenaka yang dibuat itu menjatuhkan maruah seseorang.

Jelasnya, netizen khususnya rakyat Malaysia beragama Islam harus berhati-hati dalam soal parodi ini.

Tambahnya, ia bukan hanya berkait dengan individu yang melakukan aksi parodi itu tetapi ia lebih tertumpu kepada mangsa yang terkena tempias jenaka kasar berkenaan.

Malah, netizen yang menonton juga turut terkesan. Apa yang membimbangkan, ia menjadi dosa besar terhadap orang yang melakukan lawak parodi jika ia bertujuan mengaibkan.

"Tidak menjadi kesalahan yang menonton sekali sahaja atau atas sebab tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi viral,” katanya kepada Berita Harian.

MULAKAN VIDEO PARODI BERBENTUK NASIHAT

Menurut Taha, Islam mahupun agama lain tidak mengajar umatnya untuk memperbodohkan diri dengan melakukan perkara sia-sia.

Jelasnya, gejala menghasilkan parodi negatif ini perlu dibendung dengan memperkenalkan kaedah lain seperti menghasilkan video menggunakan dialog atau lirik bermanfaat.

"Cara terbaik meluahkan perasaan atau menegur individu tertentu termasuk dalam kalangan pemimpin boleh dibuat dengan cara lebih murni seperti menghasilkan video berbentuk nasihat, tazkirah atau menulis surat terbuka di Facebook," katanya.

Teguran daripada pendakwah ini mungkin memberi panduan kepada anda khusunya golongan muda untuk lebih berhati-hati dalam menghasilkan jenaka dan hiburan. 
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top