CLOSE
CLOSE

Netizen Bangkit Hasilkan Logo 'Visit Malaysia 2020' Bersama Dan Hasilnya Mengagumkan!

Kesemua rekaan kini menjadi 'trending' di Twitter hingga menerima ribuan 'retweet'.


  • Share:

Netizen Bangkit Hasilkan Logo 'Visit Malaysia 2020' Bersama Dan Hasilnya Mengagumkan!
Rekaan poster paling mendapat perhatian di Twitter. (Gambar: Muhammad)
Realitinya, ini bukan kali pertama rakyat Malaysia berganding bahu mengeluarkan idea bernas dalam membicarakan rekaan logo yang dihasilkan oleh sesebuah jabatan kerajaan atau pihak kementerian.
 
Sambutan Hari Kemerdekaan contohnya selalu menjadi 'mangsa' kritikan netizen yang mempertikaikan kualiti yang dihasilkan oleh individu yang diamanahkan pihak atasan.

Penghasilan logo poster bagi sesuatu sambutan atau festival dianggap sangat penting kerana ia mencerminkan imej dan jiwa sesebuah negara.

Namun, bagi tahun ini penghasilan logo 'Visit Malaysia' (Tahun Melawat Malaysia) 2020 membuka tirai dengan rekaan poster yang mencetuskan pelbagai kritkikan. Malah, ia merupakan isu yang sedang diperkatakan netizen ketika ini. 
 
Menariknya, di sebalik kritikan atau cemuhan yang dilemparkan ini tidak kurang juga mereka mahu membuktikan bukan hanya menjadi ‘keyboard warrior’.

Bahkan, ramai rakyat negara ini menunjukkan rasa prihatin dan daya kreativiti sendiri dengan turut berkarya bagi membuktikan logo yang lebih menarik sebenarnya boleh dihasilkan.
 
Rojak Daily Skop! senaraikan beberapa logo yang kini ‘trending’ di Twitter.
 
Antara menarik perhatian kami adalah pengguna Twitter, Muhammad Hidayatullah yang menghasilkan dua poster.  
Menurut Muhammad, tindakannya menghasilkan poster ini adalah sebagai protes kepada pihak Kementerian Pelancongan untuk mengambil pereka grafik yang lebih kreatif.

Rekaan dihasilkan dengan menggunakan tona warna jingga selain turut menggunakan haiwan dan beberapa mercu tanda sebagai pelengkap poster.

Terdapat dua rekaan dihasilkan iaitu versi ringkas bagi rekaan pertama manakala rekaan kedua lebih padat dan terperinci. 
Kedua-dua poster berkenaan masing-masing menerima sebanyak 8,000 dan 9,000 ‘retweet’ daripada pengguna media sosial lain.
 
Seterusnya adalah Syaheer Ahmad yang mengubah suai rekaan poster berkenaan kepada lebih tersusun dengan ilustrasi haiwan yang digunakan tampak lebih moden sambil menggunakan latar belakang berwarna biru.

Ilustrasi haiwan yang kelihatan 2020.

Poster terbabit menerima lebih satu ribu ‘retweet’ selepas dimuat naik semalam.
 
Sementara itu, pengguna Twitter dengan nama Mer turut mencuba nasib mengolah semula rekaan poster berkenaan.
 
Bereksperimentasi dengan warna kelabu sebagai latar belakang poster ini, tumpuan lebih kepada jenis tipografi yang digunakan dengan pemilihan warna hijau bagi nombor 2020.

Lebih memfokuskan perincian dan warna tipografi berbanding ilustrasi.
Selepas melihat keempat poster ini apakah pendapat anda? Adakah sesuatu rekaan yang dihasilkan pihak kementerian wajar dikritik atau sekadar membiarkan saja hasilnya sehingga menjadi bahan jenaka ramai termasuk persepsi masyarakat luar negara?

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top