CLOSE
CLOSE

Plug-in: Baru Beli iPhone? Tiga Lagi Model Bakal Dikeluarkan Hujung Tahun Ini

Tahun lalu iPhone X dilancarkan sempena ulang tahun Apple ke-10.


  • Share:

Plug-in: Baru Beli iPhone? Tiga Lagi Model Bakal Dikeluarkan Hujung Tahun Ini
Berkemungkinan ketiga-tiga model ini akan mewarisi rekaan iPhone X. (Gambar: Engadget)
Apple tetap nombor satu! Itu saja boleh dikatakan buat masa ini.

Biarpun pada awal kemunculan model flagship iaitu iPhone X dikatakan agak sayu, namun ia tetap menjadi model paling popular sehingga suku pertama tahun ini. 

Menurut Strategy Analytics, iPhone X menjadi peranti paling popular dengan jualan sebanyak 16 juta unit.

Apple bolot empat kedudukan teratas.
Tambah menarik, tangga kedua hingga keempat juga milik Apple menerusi model iPhone 8 (12.5 juta unit), iPhone 8 Plus (8.3 juta unit), dan juga iPhone 7 (5.6 juta unit). 

Jumlah ini dipercayai akan terus meningkat sehinggalah kemunculan model baru penghujung tahun ini.

TIGA MODEL MUNGKIN DILANCARKAN SEPTEMBER INI

Tiga model dikeluarkan serentak tahun lalu sempena anniversary Apple ke-10
Menyentuh mengenai model terbaru, tahukah anda terdapat ramalan mengatakan sebanyak tiga model akan dikeluarkan? Ya tiga!

Menurut analisis dibuat KGI Securities analyst Ming-Chi Kuo, Apple akan mengeluarkan tiga model bersaiz 6.5 inci, 5.8 inci dan 6.1 inci. Ia akan dilancarkan September ini.

Dua model akan menggunakan jenis paparan OLED dan satu lagi jenis LCD.

Apa yang pasti tiga model ini akan mewarisi jenis paparan penuh daripada iPhone X termasuk penggunaan TrueDepth Camera di bahagian hadapan.

Selain itu, Apple dikatakan sedang membangunkan teknologi Virtual Reality (VR) dengan penggunaan paparan 8K.

Sejauh mana tepatnya ramalan ini, sama-sama kita tunggu pengumumannya nanti.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top