CLOSE
CLOSE

Tidak Lepas Jika Tiada Kad!

Wang tunai tidak lagi diterima di enam lebuh raya utama mulai 1 Jun.


  • Share:

Tidak Lepas Jika Tiada Kad!
Operasi secara elektronik sepenuhnya mampu mengatasi masalah kesesakan di plaza tol.

Pengguna lebuh raya perlu menggunakan kad Touch 'n Go atau SmartTAG sahaja untuk membayar tol berikutan keputusan enam lebuh raya memulakan operasi secara elektronik sepenuhnya di 18 plaza tol mulai 1 Jun. Menurut timbalan presiden Persatuan Syarikat Konsesi Lebuh raya Malaysia yang dipetik The Star Online, Sazally Saidi, keputusan ini diambil selaras dengan aspirasi kerajaan meningkatkan kadar kecekapan kutipan tol. Demi memastikan kelancarannya, pihak lebuh raya mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan jualan kad Touch 'n Go serta tambah nilai 24 jam setiap hari dan menyediakan pekerja di setiap plaza tol bagi membantu para pengguna.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: www.nst.com.my

18 plaza tol yang terlibat termasuklah Plaza Tol Bagan Ajam, Perai dan Sg Nyior di Butterworth Outer Ring Road (BORR); Plaza Tol Mines dan Loke Yew di Sungai Besi Expressway (Besraya); Plaza Tol Ayer Hitam, Saujana Putra, Teluk Panglima Garang dan Pulau Indah di South Klang Valley Expressway (SKVE); Plaza Tol Bukit Raja, Moc A Kapar dan Moc B Kapar di New North Klang Straits Bypass Expressway (NNKSB); Plaza Tol PB2X di Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (JSAHMS) serta Plaza Tol Sungai Ramal, Bukit Kajang, Sungai Long dan Sungai Balak di Kajang Dispersal Link Expressway (SILK).

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: www.bernama.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline BORR 04-329 9999, Besraya 1800 88 0999, SKVE 1300 88 0026, NNKSB 03-3342 0564, JSAHMS 1300 30 2828 dan SILK 03-8921 0123.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top