CLOSE
CLOSE

GST Sifar, Adakah Harga Barang Akan Turun 1 Jun Ini?

Pelbagai faktor lain akan menentukan harga barang.


  • Share:

GST Sifar, Adakah Harga Barang Akan Turun 1 Jun Ini?
Rakyat pastinya menunggu harga barang turun. (Gambar: Warnaasia)
Dua hari lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan cukai barangan perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun ini.

Pelaksanaan itu meliputi semua perkhidmatan dan barang yang dikeluarkan di dalam negara serta diimport.

Ia disifatkan sebagai berita baik buat rakyat Malaysia yang terbeban dengan penaikan harga barang.

Namun persoalannya, adakah harga barang ini akan turut selepas pelaksanaan GST sifar ini?

AMBIL MASA ENAM BULAN UNTUK TURUN


Menurut Pengarah Projek Khas Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Aimi Zulhazmi Mohd Rashid,  harga barang mungkin tidak akan turun mendadak dalam tempoh terdekat ini.

Ia sebaliknya, mungkin perlu melalui tempoh sekurang-kurangnya enam bulan. Malah ia turut bergantung kepada faktor lain yang mempengaruh keseimbangan harga.

Faktor ini termasuklahlah kos barang mentah, kos pengilangan dan juga pengangkutan.

“Sifar GST tidak menjadikan harga barang turun mendadak dalam satu ke tiga bulan ini kerana kebanyakan peniaga memfaktorkan GST dalam struktur harga barangan mereka,” katanya menerusi Harian Metro.

Bagi anda yang mengharapkan penurunan harga selepas GST 0 peratus dilaksanakan, diharap bersabar.

Penurunan harga berkemungkin berlaku secara berperingkat.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top