CLOSE
CLOSE

Topup Tak Akan Kena SST Bermula Esok

Topup RM10, dapat RM10.


  • Share:

Topup Tak Akan Kena SST Bermula Esok
Foto: mdroid

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengarahkan supaya perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi kepada rakyat Malaysia dikecualikan daripada cukai perkhidmatan (SST).

 

Memetik laporan Harian Metro, pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September 2018.

 YAS!

Melalui pengecualian ini juga, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi prabayar akan mendapat nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.

 

Langkah ini adalah perlu untuk mengatasi masalah daripada syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

 

Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera dalam mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan ini.

 

Sumber: Harian Metro

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top