CLOSE
CLOSE

Filem Tentang Jho Low Dan 1MDB, Adakah Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh Turut Berlakon?

Adaptasi buku 'Billion Dollar Whale’.


  • Share:

Filem Tentang Jho Low Dan 1MDB, Adakah Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh Turut Berlakon?
Kalau betul mesti best! (Gambar: The Malaysia Insight)
Baru-baru ini penulis buku 'Billion Dollar Whale’ iaitu Tom Wright mendedahkan yang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low bakal diangkat ke layar perak.

Filem itu akan diterbitkan Ivanhoe Pictures bersama aktres antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.

Namun keterujaan terdapat filem itu tidak hanya terhenti di situ kerana berkemungkinan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh juga akan turut berlakon dalam filem berkenaan.


Bagaimanapun ia masih samar-samar dan Amar menegaskan pihak produksi perlu menghubunginya untuk berlakon dalam babak serbuan di Pavilion.

“Tiada komen, saya baru hendak membaca buku itu. Kemungkinan mereka perlu menghubungi saya untuk berlakon dalam babak serbuan di Pavilion.” katanya menerusi Harian Metro.

Pada yang terlupa, Mei lalu puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur di ibu negara.

Serbuan terbabit bertujuan untuk mencari beberapa dokumen penting berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top