CLOSE
CLOSE

Anda Dilarang Berpakaian Seksi Dan Berkelakuan Tidak Sopan Jika Mahu Ke Bali

Bagi pemegang passport Malaysia, anda bawa nama negara


  • Share:

Anda Dilarang Berpakaian Seksi Dan Berkelakuan Tidak Sopan Jika Mahu Ke Bali

Satu pegangan yang ramai kaki travel pasti tahu; jaga nama negara apabila ke luar negara dan jangan berkelakuan tidak senonoh di negara orang.

 

Jika sebelum ini tular video beberapa pelancong menari di perkarangan masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dan semua pelancong terus dilarang masuk ke masjid itu, hal yang sama bakal berlaku di Bali.

 

Pelancong tidak lagi dibenarkan berpakaian seksi dan berkelakuan tidak senonoh apabila ingin berkunjung ke tempat-tempat suci di pulau peranginan itu.

 Sesetengah kuil ada undang-undang tersendiri.

Bali sememangnya terkenal dengan keindahan kuil-kuil yang menjadi tempat suci dan ibadah bagi penganut agama Hindu.

 

Baru-baru ini, seorang pelancong mengundang kemarahan rakyat Bali apabila bergambar tidak sopan di Linggih Padmasana di Pura Puhur, Tabanan.

 Kelakuan yang mengundang kemarahan rakyat Bali.

Menurut Naib Gabenor Bali, Tjokorda Oka Artha Sukawati, "Kualiti pelancong yang datang ke Bali sekarang berbeza dengan sebelum ini. Oleh kerana kami mengalu-alukan kehadiran pelancong, jadi terlalu ramai yang datang", jelasnya menerusi Fox News.

 

Jelasnya lagi, melihat wanita berpakaian menjolok mata di Bali bukan perkara baru namun semakin dibiar, ia semakin menjadi-jadi.

  La Plancha, tempat lepak paling happening di Seminyak, Bali.

Para gadis, jejaka ataupun pasangan yang ingin melancong ke Bali selepas ini, silalah jaga nama diri, agama dan negara. Jangan ikut jejak langkah pelancong asing yang suka ikut kepala sendiri sahaja.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top