CLOSE
CLOSE

Vape Dan Shisha Tidak Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

Bakal dikuatkuasakan tak lama lagi?


  • Share:

Vape Dan Shisha Tidak Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

Peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang berkuatkuasa 1 Januari 2019 ini tidak termasuk rokok elektronik (vape) dan shisha, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

 

Namun, ia masih dalam perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan membabitkan vape dan shisha dalam masa terdekat.

 Turut membahayakan kesihatan seperti rokok.

Bermula semalam, peraturan larangan merokok telah dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka.

 

Dengan penguatkuasaan peraturan itu, perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, "Kita sudah ambil perhatian (mengenai vape dan shisha) cuma ia belum diputuskan lagi, tetapi dalam waktu agak munasabah kita akan laksanakan."

  Shisha juga patut dilarang.  

Bagi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), mereka menggesa kerajaan mengambil langkah melarang penggunaan vape dan shisha di restoran terbuka seperti larangan merokok. Kedua-dua bahan itu juga mempunyai nikotin yang secara tidak langsung turut membahayakan perokok pasif sama seperti rokok.
 

Dengan asap yang turut sama mengganggu orang sekeliling, semoga larangan terhadap vape dan shisha juga turut dikuatkuasakan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top