Rojak Daily Logo
Back to top

10 Kemudahan OKU Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang!

Pengecualian cukai jalan dan bantuan pengajian di IPTA antara yang disalurkan kepada golongan ini.

0
comments
10 Kemudahan OKU Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang!
Mior Azib, kanak-kanak OKU yang pernah tular pertengahan tahun lalu seleps McDonalds cawangan Bandar Tun Hussein Onn mengambilnya bekerja. Syabas McD! (Gambar: Mior Azlan)
Malaysia boleh dikatakan sebagai negara yang tidak pernah mengabaikan keperluan dan kepentingan hak asasi individu kurang upaya atau OKU.
 
Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pelbagai inisiatif dan bantuan disediakan membabitkan pelbagai aspek dan sektor.
 
Malah pada setiap tahun, kerajaan pastinya mengutamakan perancangan bajet kepada golongan ini.
 
Untuk anda yang tidak pasti atau terlepas pandang, Rojak Daily Skop! senaraikan 10 kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan ini.
 
1. BANTUAN ELAUN PEKERJA CACAT (EPC)
 
Golongan ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata oleh masyarakat.
Bagi anda yang tidak tahu, terdapat beberapa jenis elaun yang diberikan kepada OKU yang bekerja dan antaranya adalah dalam kategori EPC.
 
Elaun ini bertindak untuk memberi galakan OKU untuk bekerja, hidup berdikari serta meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.

Oleh itu jika ada di antara anda atau ahli keluarga belum berdaftar dengan JKM, anda harus berbuat segera!
 
Kelayakan: Pendapatan bulanan pemohon di bawah RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga dan harus berumur 16 tahun ke atas.
 

Jumlah bantuan: RM350.00 sebulan.
 
2. GERAN PELANCARAN (GP)
 

Mungkin wujud tanggapan orang ramai yang OKU tidak boleh berniaga atau tidak mempunyai potensi untuk berdikari mencari rezeki sendiri. Namun, bantuan ini diberikan untuk mengubah stigma tersebut.
 
Bantuan kewangan ini diberi kepada kumpulan sasar yang mempunyai minat untuk menceburi bidang perusahaan.
 
Memberi galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka.
 
Kelayakan: Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga

Jumlah bantuan: Had maksimun geran pelancaran ialah RM2,700.00 dengan seliaan dibuat setiap tiga (3) bulan.

3. BANTUAN ALAT TIRUAN DAN SOKONGAN
 
Adakalanya seseorang OKU itu perlu bergantung kepada bantuan alat tiruan untuk bergerak atau melakukan kerja seharian.
 
Sebab itulah bantuan ini disalurkan bagi mereka membeli alat seperti kaki palsu, tongkat tangan, cermin mata, alat pendengaran yang disyorkan oleh pegawai dan perubatan.
 
Bantuan ini sedikit sebanyak membantu OKU meningkatkan keupayaan untuk bergerak serta dapat berdikari dalam mengharungi kehidupan.
 
Kelayakan adalah untuk individu yang memerlukan alat bantuan dan bayaran mengikut kadar alat berkenaan.
 
Kelayakan:  OKU berdaftar dengan JKM disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan OKU yang tidak mampu untuk membeli alat tiruan/sokongan yang diperlukan.

Jumlah bantuan: Bergantung pada nilai alat tiruan/sokongan

4. BANTUAN OKU TERLANTAR
 
Ibu bapa yang mempunyai anak OKU harus lebih arif mengenai kemudahan yang disediakan.
Jika ada di antara ahli keluarga anda yang diklasifikasikan OKU dan menghidapi sakit kronik sehingga terlantar, mereka sebenarnya boleh dapat bantuan bulanan bagi mengurangkan beban berkenaan.
 
Tujuan bantuan ini antara lain adalah mengelak dan mengurangkan kemasukan OKU ke institusi kebajikan.
 
Kelayakan: Pemohon mempunyai sakit kronik dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Jumlah bantuan: RM300 sebulan dengan tempoh selama 12 bulan.

5. BANTUAN OKU TIDAK BEKERJA (BTB)
 
Ada dalam kalangan OKU masih mempunyai keupayaan dan kekuatan fizikal untuk bekerja tetapi ada juga yang tidak berupaya.
 
Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan kualiti hidup golongan ini, Bantuan Tidak Bekerja (BTB) turut disalurkan pada yang layak.
 
Kelayakan: Sumber pendapatan yang diterima termasuk pencen Ilat, bulanan, PERKESO dan insurans. Bagi keluarga pula, berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan.
 

Jumlah bantuan: RM200 sebulan dan dinilai semula untuk tempoh selama 12 bulan
 
6. BANTUAN IPTA

Ramai OKU yang sudah membuktikan mereka juga mampu berjaya.
Selain bantuan berkenaan, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas turut menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU dan antaranya adalah memberikan elaun sebanyak RM150 sebulan bagi sekolah rendah dan menengah.
 
Namun, ia tidak terhenti di situ, bantuan turut disalurkan bagi mereka yang melanjutkan pengajian di IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti.
 
Kelayakan: Berdaftar dengan JKM.
 

Jumlah bantuan: Yuran pengajian tidak melebih RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh. Wang saku bulanan adalah RM300.
 
7. PENGECUALIAN CUKAI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
 
Tempat parkir OKU bermaksud hanya untuk OKU sahaja!
Bagi golongan OKU yang menggunakan kenderaan seperti kereta, van dan motosikal buatan tempatan, terdapat pengecualian cukai yang boleh mengurangkan beban mereka.
 
Syarat utama yang perlu diapatuhi adalah menggunakan kereta nasional! Jadi, bagi yang menggunakan kenderaan buatan luar negara, maka anda mungkin terlepas kemudahan ini.
 
Kelayakan: Memiliki kenderaan dan lesen memandu yang sah dan berdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upaya fizikal sahaja.
 

Jumlah bantuan: Hanya perlu bayar RM2 bagi kereta dan RM1 untuk motosikal.

8. DISKAUN TIKET PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (MAS)
 
Bagi yang menggunakan perkhidmatan penerbangan MAS, anda juga akan diberi diskaun sehingga 50 peratus bagi penerbangan dalam negeri kepada golongan OKU.
 
Bagaimanapun, diskaun ini hanya dapat ditebus melalui pembelian tiket di kaunter saja.
 
Difahamkan, Syarikat Prasarana Negara akan memberikan diskaun 50 peratus ke atas tambang perjalanan.
 
Kelayakan: Berdaftar dengan JKM.

Jumlah bantuan: Diskaun 50 peratus untuk tiket penerbangan MAS.

9. PENGECUALIAN BAYARAN PERUBATAN
 
Hospital kerajaan pastinya antara yang terbaik dimiliki Malaysia. Selain orang awam yang mendapat bantuan subsidi ini, golongan OKU turut menikmati pengecualian berganda.
 
OKU yang berdaftar dengan JKM akan dikecualikan daripada apa jua bayaran perubatan di hospital kerajaan. Kelas wad yang layak diduduki ialah wad kelas tiga.
 
Kelayakan: Berdaftar dengan JKM.

Jumlah bantuan: Percuma daripada bayaran perubatan di hospital kerajaan.
 
10. PEMBAYARAN PENCEN
 
Ini antara inisiatif kerajaan dalam memastikan golongan OKU yang kehilangan ibubapa sentiasa mendapat perlindungan sepanjang hayat.
 
Namun, ia termaktub hanya pada ibu bapa yang bekerja sebagai penjawat awam. Jika mereka meninggal dunia, anak mereka yang berstatus OKU akan diberi pencen sepanjang hayat.

Kelayakan: Berdaftar dengan JKM.

Jumlah bantuan: Anak OKU berhak mendapat pencen sepanjang hayat.
 
Kesemua senarai diperjelaskan di atas bukanlah untuk memberi gambaran terhadap inisiatif kerajaan, sebaliknya ia sebagai langkah supaya ada dalam kalangan anda yang mungkin terlepas pandang mengenai kemudahan disediakan ini.
 
Ini hanya sebahagian dan senarai penuh yang boleh dirujuk pada JKM.


 
 
 
Comments