Rojak Daily Logo
Back to top

Lima Perkara Menarik Anda Patut Tahu Mengenai Batman Malaysia

Bakal muncul dengan kereta ikonik Batman 'Tumbler' tidak lama lagi.

0
comments
Lima Perkara Menarik Anda Patut Tahu Mengenai Batman Malaysia
Pernah bertemu dengan Batman Malaysia? Tunggu kemunculannya nanti. (Gambar: Batman Malaysia)
Lima tahun lalu, individu ini pernah 'menggemparkan' seluruh penduduk Malaysia apabila muncul dengan motosikal adiwira Batman.

Tidak terhenti di situ, satu lagi video turut tular di media sosial ketika ini. Menariknya kali ini, selain menunggang motosikal yang telah diubah suai itu, pemuda berkenaan memaparkan aksi dengan memakai kostum Batman buat pertama kalinya di khalayak ramai.

Hanya bermula sebagai hobi, individu ini kian popular dengan gelaran Batman Malaysia.

Malah, Batman Malaysia dilihat semakin popular selepas beberapa keping gambarnya bersama Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah tular di media sosial sejak April lalu.

Rojak Daily Skop! senaraikan lima perkara yang mungkin anda perlu tahu mengenai Batman Malaysia:
 
1. INSPIRASI DARIPADA THE DARK KNIGHT

Inilah Batman Malaysia!
Individu yang ingin identitinya dirahsiakan ini meminati karakter Batman sejak kecil dan idea untuk menghasilkan motosikal adiwira ini tercetus selepas menonton filem The Dark Knight.

Dengan menggunakan ilmu dalam bidang pengubahsuaian dan permotoran, individu ini tekad untuk mencipta kelainan.

Malah, dengan kerjasama pasukan Eastern Bobber, motosikal idaman itu akhirnya berjaya dihasilkan.

Untuk makluman, Eastern Bober adalah satu pasukan yang pakar dalam bidang pengubah suaian motosikal dan enjin.
 
2. KOSTUM DIPERBUAT DARIPADA JAKET TERPAKAI

Kostum yang berjaya menarik perhatian ramai.
Memang banyak sebenarnya kostum Batman di Malaysia namun, bagi Batman Malaysia ini kualiti adalah segala-galanya.

Kisah menarik di sebalik penghasilan kostum ini adalah ia dihasilkan menerusi jaket kulit lama yang sudah terpakai.

Menurut Batman Malaysia kepada Rojak Daily Skop!, satu kostum dihasilkan menggunakan satu jaket sahaja dan paling mencabar adalah potongan pada bahagian dada.

Namun, apa yang paling menarik perhatian mengenai rekaan pakaian istimewa ini adalah sebanyak 80 peratus perincian kostum ini mengikut rekaan asal dalam filem.
 
3. VIDEO DITONTON LEBIH 2.3 JUTA DI YOUTUBE

Sempoi habis bila naik motosikal ini di lebuh raya.
Seperti dinyatakan di atas, Batman Malaysia ini mula tular selepas video dia menunggang motosikal Batman dimuat naik di Facebook dan YouTube.

Rakaman dia menunggang motosikal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)  hangat diperkatakan netizen.

Sehingga kini video pemuda ini menunggang motosikal yang dimuat naik di YouTube sudah mencecah 2.3 juta.

Tambahnya, motosikal yang dirakam pada tahun 2013 itu adalah percubaan pertamanya selepas mengubah suai kenderaan terbabit.

Kemunculan terbarunya adalah pada April lalu dari Plaza Tol Sungai Besi ke Nilai.

4. MOTOSIKAL BATMAN GENERASI KEDUA

Bakal muncul dengan motosikal generasi kedua.
Jika anda fikir motosikal berkenaan sudah cukup gempak, tunggu apabila generasi keduanya bakal muncul tidak lama lagi.

Lelaki yang merahsiakan identiti sebenar sebagai Batman Malaysia menjelaskan, motosikal berkenaan hanyalah motosikal yang diubah suai dan enjin digunakan adalah daripada jenis Modenas Jaguh 170 cc.

Motosikal terbaru ini akan menggunakan tayar yang ditempah khas dari luar negara menggunakan saiz yang lebih sesuai dengan struktur kerangka motosikal.
 
5. NANTIKAN KEMUNCULAN KERETA BATMAN TUMBLER

Tunggu kemunculan kenderan baru ini!
Selepas muncul dengan motosikal Batman, individu ini juga bakal membuat kejutan dengan penghasilan kereta Batman digelar sebagai Tumbler.

Jelasnya, casis kenderaan ini hampir siap dihasilkan dan hanya menanti kemunculan sebuah syarikat untuk menaja dalam penggunaan enjin.

Kolobrasi ini bakal menjadikan penghasilan kereta Batman ini bukan sekadar angan-angan kosong.

Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai Batman Malaysia ini, anda boleh ikuti Facebook Batman Malaysia Dark Knight
 
 
 
Comments